Pintu Dunia Rumah Akhirat

Jumaat, 20 Julai 2012

Pejuang Islam di bumi Malaysia: Part 1


Ammar dan A’siah adalah pasangan suami isteri yang sudah lima tahun berkahwin namun masih belum dikurniakan cahaya mata, pelbagai usaha dilakukan untuk meminang cahaya mata namun hampa. Mereka tidak putus asa, atas istiqamah yang dilakukan dengan memperbanyakkan membaca surah Ali Imran ayat 38 yang membawa maksud “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”. Kuasa Allah mengatasi segalanya, A’siah disahkan mengandung anak lelaki. Betapa gembiranya hati mereka. Kandungan yang berharga itu ditatang bagai minyak yang penuh.  Akhirnya anak yang lahir ke dunia itu diberi nama Uwais Al Qarni dimana sejarahnya pemuda ini sangat terkenal dikalangan penduduk langit. Ammar begitu teruja dengan anak itu, dia mahu mendidik anak tunggalnya dengan didikan yang sempurna. Memandangkan Ammar pemilik ladang ternak kuda, dia berharap anaknya suatu hari nanti akan mahir menunggang kuda, berenang dan memanah seperti mana saranan Saidina Umar al Khattab. Angan-angan tinggi itu sudah dikongsikan kepada anaknya ketika bayi itu masih di dalam kandungan. Sebulan selepas kelahiran, A’siah dan Ammar mendapati kelainan pada anak tunggalnya, Uwais Al Qarni seolah-olah tidak mempedulikan orang disekelilingnya sehinggalah mereka terpaksa ke hospital untuk mendapatkan pemerikasaan terhadap anaknya. 
Amat mengejutkan, anak kesayangnya didapati buta sejak lahir. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sayunya hati seorang ibu dan ayah yang seklian lama menunggu apatah lagi memasang angan-angan yang menggunung tinggi. Segalanya bagaikan pohon dimusim luruh. Namun dorongan dan nasihat dari keluarga kedua pihak mereka berusaha untuk cekal menghadapi hidup. Ammar sering membawa Uwais Al Qarni ke ladang ternakan kuda dan memberi kata-kata semangat pada bayi yang masih kecil tidak tahu apa-apa. Ammar juga sering menceritakan persekitaran di ladang itu termasuk ciri-ciri kuda yang dimilikinya. Ammar juga memiliki seekor kuda peribadi yang ditunggangnya yang diberi nama   as-Sakb. Kuda tersebut memiliki warna putih di kaki dan kepalanya sebelah kanan. Kuda ini sama cirinya dengan kuda milik Rasulullah. Itu adalah kuda pertama Rasulullah saw yang digunakan di medan perang.Ia memiliki pakaian dari kulit. Suatu hari Rasulullah saw berlumba kuda, dan baginda menang. Kerana itu baginda sayang pada kuda itu. Setiap hari Uwais Al Qarni akan diajak menaiki kuda itu bersiar-siar mengelilingi padang rumput yang lapang.
   Begitu juga A’siah yang tidak jemu membacakan al quran di hadapan bayi itu. Sehinggalah Uwas al Qarni berusia tujuh tahun, kanak-kanak istimewa itu sering menghilangkan diri dan ditemui di ladang ternak kuda milik Ammar. Apa yang menghairankan, bagaimana kanak-kanak buta berusia tujuh tahun itu tahun jalan ke ladang bapanya? Siapakah yang membawanya. Pada suatu hari, Uwais Al Qarni hilang lagi, puas dicari di sekitar ladang kuda namun tidak dijumpai. Akhirnya mereka menemui Uwais Al Qarni di tepi jalan dalam keadaan menangis sambil tangannya memegang tiga bilah anak panah.  Kejadian yang menimpa anak tunggal mereka diadukan kepada seorang ustaz. Menggigil tubuh Ammar dan A’siah apabila dimaklumkan anak mereka sangat istimewa dengan kurniaan dari Ilahi. Kes seperti ini kes biasa dikebanyakkan negara-negara Islam seperti Palestin, Arab Saudi, Mesir, Afrika,Turki dan Afganistan. Mereka-mereka yang meliliki sifat ini akan menjadi ketua pejuang Islam dalam memperjuangkan Islam dari jatuh.
Masing-masing kelu tidak berkata melainkan hati hanya terus memuji Allah. Ditanya oleh ustaz apakah amalan yang diamalkan, Asiah dengan jujur berkata dia berusaha menjadi isteri yang taat dan Ammar berusaha menjadi suami yang taat kepada Allah. Walaupun sibuk diladang kuda, namun Ammar tidak lupa pada urusannya dengan Allah.
Usia Uwais Al Qarni semakin berinjak dewasa. Pada usianya 15 tahun, Uwais sudah boleh menunggang kuda, memanah dan berenang, suatu hari Uwais tiba-tiba jatuh sakit, pelbagai usaha dilakukan namun tidak berhasil. Sehinggakan Ammar dan A’siah bernazar sekiranya anaknya sihat, mereka rela menghantar Uwais al Qarni ke medan perang bersama-sama warga Palestin atau Syria berjuang menegakkan agama Islam. Kuasa Allah Uwais sihat sedia kala. Ammar dan A’siah teringat nazarnya. Mereka akhirnya merelakan anakknya yang buta bersama-sama berjuang membantu saudara seislamnya yang ditindas. Uwais al Qarni kemudian berangkat bersama-sama pemuda AQSA menuju ke palestin. Tiba di Palestin, mereka ditahan oleh 3 orang askar israel. Sekelip mata sahaja tanah disitu dibasahi darah. Pemuda AQSA tergamam. Kelihatan Uwais Al Qarni sedang memegang sebilah pedang yang sudah dibasahi darah. Mereka hairan, dimanakah Uwais mendapatkan pedang sepanjang satu meter itu.

Ahad, 18 Mac 2012

TANDA AMAL TIDAK DITERIMA ALLAH

 
     SIAPA YANG MELAKUKAN EMPAT MACAM KEMUDIAN IA TIDAK BERTAMBAH BAIK, MAKA ITU TANDA TIDAK DITERIMA AMALNYA.

-Siapa yang berjihad, kemudian ia kembali tidak bertambah kebaikan, maka itu tanda jihadnya tidak diterima oleh ALLAH.
-Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian tidak bertambah kebaikan, itu tandanya puasanya tidak diterima.
-Orang yang naik haji kemudian tidak tambah amal kebaikannya, maka itu tanda tidak diterima amalan hajinya.
-Orang yang sakit lalu sesudah sembuh tidak bertambah baik amal perbuatannya, maka itu tanda bahawa dosa-dosanya belum ditebus.

SEORANG HAKIM BERKATA :
SIAPA YANG  MENGAKU TIGA PERKARA DI BAWAH, MAKA DIA DITERTAWAKAN SYAITAN :


-Siapa yang  mengaku dapat merasa manisnya taat, padahal dia cinta pada dunia.
-Siapa yang mengaku reda pada ALLAH s.w.t. padahal dia tidak membenci hawa nafsunya.
-Siapa yang mengaku ikhlas padahal dia ingin dipuji orang.

TANDA SESEORANG ITU TELAH TERTIPU ADA TIGA :

-Mengumpulkan apa yang tidak berguna baginya.
-Bertambah-tambah dosanya sehingga membinasakannya.
-Meninggalkan amal yang dapat menyelamatkannya.

DAN TANDA ORANG YANG MENGHARAP KEPADA ALLAH S.W.T. ITU JUGA TIGA :

-Hatinya digunakan untuk berzikir (mengingat ALLAH).
-Lidahnya untuk berzikir.
-Badannya untuk beramal.TANDA AMAL TIDAK DITERIMA ALLAH

     SIAPA YANG MELAKUKAN EMPAT MACAM KEMUDIAN IA TIDAK BERTAMBAH BAIK, MAKA ITU TANDA TIDAK DITERIMA AMALNYA.
-Siapa yang berjihad, kemudian ia kembali tidak bertambah kebaikan, maka itu tanda jihadnya tidak diterima oleh ALLAH.
-Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian tidak bertambah kebaikan, itu tandanya puasanya tidak diterima.
-Orang yang naik haji kemudian tidak tambah amal kebaikannya, maka itu tanda tidak diterima amalan hajinya.
-Orang yang sakit lalu sesudah sembuh tidak bertambah baik amal perbuatannya, maka itu tanda bahawa dosa-dosanya belum ditebus.

SEORANG HAKIM BERKATA :
SIAPA YANG  MENGAKU TIGA PERKARA DI BAWAH, MAKA DIA DITERTAWAKAN SYAITAN :


-Siapa yang  mengaku dapat merasa manisnya taat, padahal dia cinta pada dunia.
-Siapa yang mengaku reda pada ALLAH s.w.t. padahal dia tidak membenci hawa nafsunya.
-Siapa yang mengaku ikhlas padahal dia ingin dipuji orang.

TANDA SESEORANG ITU TELAH TERTIPU ADA TIGA :

-Mengumpulkan apa yang tidak berguna baginya.
-Bertambah-tambah dosanya sehingga membinasakannya.
-Meninggalkan amal yang dapat menyelamatkannya.

DAN TANDA ORANG YANG MENGHARAP KEPADA ALLAH S.W.T. ITU JUGA TIGA :

-Hatinya digunakan untuk berzikir (mengingat ALLAH).
-Lidahnya untuk berzikir.
-Badannya untuk beramal.

Sabtu, 17 Mac 2012

Setelah Rasulullah SAW  menerangkan kepada Muas bagaimana amal soleh diperiksa dan ditapis setiap  lapisan langit, Rasulullah juga menerangkan bagaimana Muaz dapat mencapai darjat Keikhlasan agar amal soleh benar-benar diterima oleh Allah SWT, Rasulullah SAW berikan 9 langkah :
1. Berterusan mengamalkan amal sunnah atau sunat walaupun sedikit.
2. Pertanggungkan dosamu ke atas dirimu, jangan menyalahkan orang lain.
3. Jagalah lidahmu, jangan mengutuk saudaramu, lebih-lebih lagi jika seorang Ulamak.
4. Jangan menganggap dirimu suci daripada dosa.
5. Jangan mencela orang lain dan jangan memuji dirimu.
6. Jangan campur adukkan urusan dunia dengan urusan Akhirat.
7. Jangan menyombong diri terhadap Allah SWT dan Rasulullah SAW serta mereka yang menyambung perjuangan Rasulullah SAW.
8. Jangan berbisik dengan orang lain ketika dalam satu majlis yang ramai.
9. Jangan membesarkan diri kerana orang yang membesarkan diri akan terputus daripada kebaikkan di dunia dan Akhirat.

Tanda-tanda Allah Mencintai Kamu

Tanda-tanda Allah Mencintai Kamu
Jika Allah memberi kepadamu Agama dan Hidayah,  Ketahuilah Allah mencintai kamu.
Jika Allah menguji kamu dengan musibah, ditimpa bala-bencana dan permaslahan
Ketahuilah Allah mencintai kamu, Allah ingin mendengar suara
rintihan mu di dalam doa.
Jika Allah hanya memberi sedikit padamu.. ketahuilah Allah akan memberi kamu
lebih banyak di Akhirat kelak.
Jika Allah memberi kamu sifat Redha supaya kamu meredhainya  ketahuilah Allah mencintaimu,
sesungguhnya Allah akan memberi kepadamu secantik-cantik nikmat.
Jika memberi kepadamu sifat sabar, sesungguhnya Allah mencintaimu dan kamu adalah diantara orang yang telah berjaya.
Jika Allah memberi padamu sifat Ikhlas didalam hati, ketahuilah Allah mencintaimu, sesungguhnya Allah menghendakki kamu Ikhlas hanya padaNya.
Jika Allah memberi padamu sifat duka, ketahuilah Allah mencintaimu dan sentiasa menunggumu ucapan Puji dan Syukur dari bibirmu.
Jika Allah memberi kekecewaan padamu, ketahuilah Allah mencintaimu dan Allah ingin menguji keimananmu..
Jika Allah memberimu harta, ketahuilah Allah mencintamu dan menghendakki kamu tidak bersifat bakhil kepada orang fakir.
Jika Allah memberi kemiskinan kepadamu, ketahuilah Allah mencintaimu dan akan memberi kepadamu sesuatu yang lebih berharga daripada harta kekayaan.
Jika Allah memberi kepadamu Lidah dan Hati, ketahuilah Allah mencintaimu, maka gunakanlah kedua-dua kepada jalan kebaikkan.
Jika Allah memberi kepadamu solat, puasa, Al-Quran dan berjaga malam, ketahuilah Allah mencintai kamu, maka janganlah kamu melengah-lengahkanya, percepatkanlah tunaikanlah ianya dengan sempurna.
Jika Allah menganugerahkan ISLAM kepadamu, ketahuilah Allah mencintaimu
Sesungguhnya Allah mencintaimu,,, Kenapa kamu tidak mencintai Allah???
Allah telah banyak memberi kepada mu.. kenapa kamu tidak mencintai Allah ???
Allah mencintai Hambanya dan tidak pernah lupa pada hambaNya… Maha Suci Engkau Ya Allah….
Janganlah kamu buta dan Kecapilah nikmat kasih sayang Allah dalam hatimu.

( بَلَى مَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ وَاتَّقَى فَإِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَّقِينَ ) (آل عمران:76)
” Bahkan  Allah akan menunaikan segala janjinya
dan bertaqwalah, sesungguhnya Allah mencintai
Orang-orang yang bertaqwa kepadaNya”.


kalimah yang indah


1-Kalimah paling agong adalah ALLAH

2-Kalimah yang paling payah adalah Kesempurnaan.


3-Kalimah yang paling mendalam adalah Jiwa atau Diri.


4-Kalimah yang paling panjang adalah Abadi.


5-Kalimah yang paling berkemampuan adalah Kebenaran.


6-Kalimah yang paling luas adalah Kebenaran.


7-Kalimah yang paling Indah adalah Cinta.


8-Kalimah yang paling mulia adalah Cita-Cita.


9-Kalimah yang paling cepat adalah Waktu.


10-Kalimah yang paling dekat adalah Kenyataan.


11-Kalimah terbaik adalah Persamaan.


12-Kalimah yang paling dimaafi adalah Kasih Sayang.


13-Kalimah yang terbaik adalah Kemaafan.


14-Kalimah yang paling sukar  adalah Kekerasan.


15-Kalimah yang paling kekal adalah Zikir.


16-Kalimah yang paling mahal adalah Ibu.


17-Kalimah yang paling membahagiakan adalah Kejayaan.


18-Kalimah yang paling dekat adalah Sekarang.


19-Kalimah yang paling dibenci adalah Salah.


20-Kalimah yang paling cantik adalah Taubat.


21-Kalimah yang paling manis adalah Salam.


22-Kalimah yang terakhir adalah Mati.


23-Sebaik-baik dendam dan balasan adalah Kemaafan.


24-Api yang paling panas adalah Perasaan Kerinduan.


25- Khazanah yang paling berharga adalah Fadhilat.

26-Azab yang paling dahsyat adalah Jiwa.

27-Cinta yang paling Murni adalah Cinta Kepada Allah SWT.


28-Bahasa yang paling difahami adalah Tangisan.


29-Sesuatu yang paling indah semasa kanak-kanak adalah apabila tidak melakukan dosa.


30- Malam yang paling Indah adalah Malam yang dipenuhi dengan ketenangan.


31-Bahasa yang paling bertenaga adalah apabila anda dapat mendiamkan diri.

32-Cinta yang kekal abadi adalah Cinta Seorang Ibu.

8 Peristiwa Penting Ketika Kelahiran Dan Kematian

1-Ketika kamu dilahirkan, azan dilaungkan di telinga kamu, ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan.

2-Ketika kamu dilahirkan,  kamu tidak ketahui siapa yang mengeluarkan kamu dari perut ibumu. Ketika kamu mati, kamu tidak tahu siapa mengusung kamu ke kubur.

3-Ketika kamu dilahirkan,  kamu dimandikan dan dibersihkan. Ketika kamu mati, kamu juga dimandikan dan dibersihkan.

4- Ketika kamu dilahirkan kedua ibubapa kamu dan sudara-mara bergembira. Ketika kamu mati, kami ditangisi  kedua ibubapa kamu dan sanak-saudara.

5-Kamu dicipta daripada tanah, Maha Suci Allah yang mengembalikan kamu kepada tanah.

6-Ketika dalam perut ibu kamu berada dalam tempat yang sempit dan gelap, ketika kamu mati, kamu juga berada dalam kubur yang sempit dan gelap.

7-Ketika kamu dilahirkan, kami ditutupi kain supaya aurat ditutupi, ketika kamu mati, kamu dikafan dengan kain supaya auratmu tertutup.


8-Ketika kamu dilahirkan kamu, kelahiran kamu dinanti-namtikan dan sering ditanya perkhabaran kamu, Ketika kamu mati, kamu tidak ditanya melainkan amalanmu yang soleh.

10 Layanan Allah SWT terhadap orang beriman

 
Barangsiapa yang dikeluarkan daripada kumpulan orang beriman dan pembelaan Allah Ta’ala, maka dia telah kehilangan semua kebaikan yang berkenaan dengan iman, yang telah diatur oleh Allah dalam kitabNya.
Kebaikan itu terdiri dari seratus butir, yang setiap butirnya lebih baik dari dunia dan seisinya. Butiran tersebut akan mendatangkan;

1 – Pahala yang besar
“Dan Allah akan memberi orang-orang yang beriman pahala yang amat besar.” (Surah An-Nisa’ : Ayat 146)

2 – Mendapat pembelaan
“Sesungguhnya Allah akan membela mereka yang beriman.” (Surah Al-Hajj : Ayat 38)

3 – Didoakan oleh para malaikat
“(Malaikat-malaikat) yang memikul ‘Arsy dan malaikat yang berada di sekililingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): “Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang bernyala-nyala.” (Surah Al-Mukmin : Ayat 7)

4 – Mendapat pertolongan dari Allah
“Allah Pelindung orang-orang yang beriman …….” (Surah Al-Baqarah : Ayat 257)

5 – Mendapat sokongan para malaikat
“(Ingatlah), ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku bersama kamu, maka teguhkanlah (pendirian) orang-orang yang telah beriman,” …….” (Surah Al-Anfaal : Ayat 12)
6 – Darjat, rezeki dan ampunan di sisi Allah
” ……. Padahal kemuliaan itu hanyalah bagi Allah, bagi Rasul-Nya dan bagi orang-orang mu’min, tetapi orang-orang munafik itu tiada mengetahui. ” (Surah Al-Munafiqun : Ayat 8)

7 – Mendapat perlindungan Allah
” ……. dan sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang beriman.” (Surah Al-Anfaal : Ayat 19)

8 – Mendapat kemuliaan di dunia dan di akhirat
“……. Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat, dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Mujaadilah : Ayat 11)

9 – Mendapat rahmat Allah
“Hai orang-orang yang beriman (kepada para rasul), bertaqwalah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya, nescaya Allah memberikan rahmat-Nya kepadamu dua bahagian, dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dan keampunan atas dosa-dosa mereka …….” (Surah Al-Hadid : Ayat 28)
Kasih sayang yang dicurahkan Allah untuk orang-orang yang beriman, dan Dia akan mencintai mereka.

10 – Mendapat keamanan dari rasa takut
“Dan tidaklah Kami mengutus para rasul itu melainkan untuk memberi khabar gembira dan memberi peringatan, barangsiapa yang beriman dan mengadakan perbaikan, maka tak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. ” (Surah Al-An’aam : Ayat 48)
Mendapat nikmat Allah, dan Dia menyuruh kita untuk memohon kepadaNya agar diberi petunjuk kepada jalan yang lurus, tujuh belas kali setiap hari.
Yang dimaksudkan dengan ungkapan iman mendatangkan kebaikan adalah bahawa iman itu menyebabkan datangnya berbagai kebaikan di dunia dan akhirat, kerana semua keburukan di dunia dan akhirat adalah kerana tiadanya iman.
Betapa mudah seorang hamba melakukan dosa yang menghalaunya daripada iman dan menghalangi dirinya daripada keimanan itu, tetapi tidak menghalaunya daripada masyarakat Muslim pada umumnya.

Kalau dia terus menerus berada di atas dosa itu dan mengulanginya, dikhuatirkan dosa-dosa tersebut akan menutupi hatinya sehingga berkarat, dan akhirnya mengeluarkannya daripada Islam secara keseluruhan.

Daripada sinilah kekhuatiran orang-orang Salaf muncul. Mereka berkata, “Kamu takut kepada dosa, sedangkan kami takut kepada kekafiran.”

2 Tabiat wanita yang membawa ke neraka

http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2012/03/taubat4.jpg?w=300 
Assalamualaikum . Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:

Assalamualaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, Aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka.
Seorang wanita lalu bangun bertanya, Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur? Rasulullah SAW menjawab, Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan: Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah

Contoh 1 Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, Driver bas ni dah mampus agaknya. Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2 Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis. Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur Itiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.
Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan kufurkan kebaikan suami.

Rasulullah SAW berkata,Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,Mana-mana isteri yang berkata, Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak, maka akan gugur pahala-pahala amalannya. Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari dua perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.
Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW :
Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk). Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendirimelakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW :
Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita

c. Istighfar juga memurahkan rezeki.
Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda.Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

d. Tuturkata/percakapan yang baik.
Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami.

Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.

Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah.

 Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tutur katanya.
2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah.

Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah. Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifatburuk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

Jumaat, 16 Mac 2012

Mimpi dari Allah~


Petang itu Sumayyah baru pulang dari tempat kerjanya. Dia berhati-hati memandu kereta pajero miliknya. Alhmdulillah setelah masuk 3 tahun berkerja, Allah telah mengurniakan harta dunia yang tidak kekal ini untuk memudahkan urusannya dalam kerja. Seperti biasa Bandar  Johor Baharu sesak dengan kenderaan pelbagai jenis. Namun Sumayyah masih sabar dengan situasi tersebut. Aluan al quran bacaan Imam Sudais masuk ke telinga turun ke hati. Mudah-mudahan hatinya sentiasa bersabar dengan dugaan Allah.  Perlahan-lahan kenderaan milik gadis berusia 27 tahun itu bergerak. Hampir dua jam dia tersangkut di jalan raya besar tu. Alhmdulillah akhirnya dia berjaya melepaskan diri dari bandar besar itu. Pajero hitam kilat itu menuju masuk ke kawasan pekan sebelum masuk ke kawasan perkampungan. Dia melalui sebuah jalan kecil yang dipenuhi dengan kedai-kedai milik cina mejoritinya. Tiba-tiba dia teringat ingin membeli fail kerja dan sedikit barang pejabat. Sumayyah memberhentikan kenderaannya di sebuah kedai yang biasa didatangnya iaitu kedai buku Azhar. 15 minit selepas itu, Sumayyah selesai membuat pembelian. Dia kemudian memandu keretanya dan menuju pulang. Tiba di persimpangan lampu isyarat yang sedang menyala merah, dia tiba-tiba terpandang dengan seorang lelaki tua yang sedang mengutip makanan di kawasan pengumpulan sampah. Kelihatan lelaki itu sedang mencari-cari sesuatu di dalam longokan sampah. Akhirnya dia menemui sesisir pisang yang sebahagiannya busuk. Dengan rakus dia melahap pisang-pisang itu termasuk yang busuk. Sumayyah berasa kasihan dengan gelagat lelaki itu. Matanya berkaca, sayu dan sebak melihat situasi itu. Dia terasa bertapa banyak nikmat yang telah Allah berikan kepadanya dan apakah balasan yang telah dia berikan kepada Allah. Tiba-tiba….
Tin!
Sumayyah tersentak, dia memandang cermin pandang belakang, serentak dia memandang ke arah lampu isyarat, rupa-rupanya lampu sudah bertukar hijau. Patutlah kenderaan belakang hon kenderaanya.
Sampai di rumah, kelihatan Fatihah sedang bersiap sedia menunaikan solat marghib.
“Kejap..kejap!! nak jemaah..” laungan sumayyah menyebabkan Fatihah tersentak.
“Ya Allah! Terkejut aku..kau nie, dah la marghib-marghib baru sampai, salam tak de terus terjah, makin banyak syaitan masuk dalam rumah nie.” Tegur fatihah rakan serumahnya,
“Maaf…aku beri salam ye..” sumayyah keluar semula dari rumah. “Assalamualaikum” ucap sumayyah.
“wa’laikumusalam…hah cepat la…dah azan nie”
Sumayyah terkocoh-kocoh masuk. Setelah membersihkan diri mereka menunaikan solat dan membaca doa selepas itu.
“Mana Naim?” Tanya sumayyah kepada fatihah.
“dia keluar makan dengan suaminya.” Balas fatihah.
“suami dia dah balik dari Jordan ke?” soal Sumayyah sedikit terkejut. 
 
Naim atau naimah rakan serumah mereka. Naimah sudah berkahwin namun suaminya melanjutkan pelajaranya ke Jordan menyebabkan naim duduk serumah dengan sumayyah dan fatihah. 
“Haah….petang tadi…dah la jom mengaji.” Ajak fatihah…
Malam itu tidur sumayyah terganggu, datang seorang fakir miskin dalam mimpinya, wanita fakir miskin itu kelihatan mengutip makanan yang ada di sekitarnya. Ada makanan yang baik dan ada juga makanan yang rosak. Namun wanita fakir itu terus mengutip tanpa memilih makanan yang baik dan rosak. Sumayyah cuba menghalang wanita itu dari mengambil yang rosak namun dia tidak berdaya. Peliknya mimpinya tiba-tiba dia berada di dalam rumah wanita fakir itu. Rumah itu sangat using. Sumayyah berada kasihan, dia mencari-cari wanita fakir tu, rupa2nya wanita itu sedang terlantar di dalam bilik di atas tilam lusuh.
“kenapa dengan mak cik?” soal sumayyah dalam mimpinya.
“mak cik keracunan makanan..” jawabnya sambil merintih
“Itulah mak cik, kenapa mak cik kutip makanan yang sudah rosak, hasilnya tiada manfaat. Makanan yang rosak memang tiada nilainya.” Nasihat sumayyah.
“mak cik umpama cermin.”  Jawab wanita itu lemah.
Sumayyah kehairanan… namun belum sempat dia bertanya lanjut dia sudah terjaga dari tidurnya. Astagfirullahalazim… sumayyah beristigfar panjang. Dia melirik kea rah jam dinding sudah menujukkan jam 3:30 pagi. Kelihatan fatihah sedang khusyuk menunaikan solat tahajjud manakala naim masih tidak kelihatan di tempat katilnya.
‘mungkin dia belum balik’ desis hati kecil sumayyah. Dengan lemah dia bangkit dan menuju ke bilik air membersihkan diri kemudian menyertai fatihah yang sedang bersolat sunat.
Keesokkan harinya, sumayyah menceritakan mimpinya kepada fatihah.
“Alaa mainan tidur je tu…kau bukan mimpi seramkan…Cuma mungkin kau teringat peristiwa smalam..tu yang terbawa-bawa dalam mimpi.” Pujuk fatihah yang sedang sibuk menyapu jem di roti.
Malam berikutnya sumayyah mengalami mimpi yang sama sehinggalah malam ke tujuh. Sumayyah semakin hairan, dia kemudian meminta perlindungan dari Allah dari sebarang malapetaka. Adakah dia akan jadi fakir? Desis hatinya. Sumayyah kemudian menunaikan solat sunat hajjat dan taubat memohon pertunjuk Allah mengenai mimpinya. Namun masih tiada jawapan, namun dia tidak putus asa.
Sumayyah kemudian mengadu kepada naim atau naimah.
“naim…mimpi yang aku alami nie dah masuk seminggu, apakah ada petunjuk yang Allah mahu sampaikan kepada aku?” soal sumayyah pada naim. Naim berasa simpati dengan masalah sumayyah, kerisauan sahabatnya mengundang simpati. Lantas naim mengadukan hal tersebut kepada suaminya.
Suami naim Muhammad namanya. Hanya tersenyum dan mengucap alhmdulillah setelah mendengar cerita yang keluar dari mulut isterinya. Naim kehairanan lantas bertanya.
“Mengapakah kamu tersenyum wahai suamiku?”
“panggilkan sumayyah.” Pinta Muhammad.
“Sumayyah, Muhammad panggil.” Ujar naim.
Sumayyah kehairanan,
“Kenapa?”
Naim hanya menganggatkan bahu tanda tidak tahu.
Mereka duduk diruang tamu. Naim dan sumayyah masih berdebar-debar dengan rekasi Muhammad.
“wahai sumayyah, adapun mimpi yang kamu alami itu satu petunjuk Allah kepada hambaNya yang dikasihi.” Muhammad memulakan mukqadimmah.
Sumayyah dan naim berpandangan.
“Maksud Muhammad?” soal sumayyah pada suami naim yang sebaya dengannya.
“Ada pun wanita itu adalah diri kamu, dan makanan yang dikutip itu amalan kamu… kamu umpama fakir miskin di atas muka bumi ini di sisi Allah, walaupun kamu banyak melakukan amalan namun amalan kamu ada yang baik dan ada yang buruk umpama makanan yang dikutip itu. Kamu buat semua amalan tanpa mengira baik dan buruk, jika amalan kamu baik maka baiklah kamu, namun ada amalan yang rosak kamu ambil juga seperti si fakir dalam mimpi kamu.  Maka jika amalan kamu banyak yang rosak ia tiada nilai di sisi Allah dan memudaratkan diri sendiri. Ada pun  kata wanita itu aku umpama cermin merujuk kamu menegur diri kamu sendiri sebenarnya…oleh itu baiki amalan kamu supaya di terima Allah dan perbanyakkan berdoa supaya amalan kita diterima Allah..” panjang lebar Muhammad menerangkan kepada sumayyah dan naim.'
 
Sumayyah tersentak, barulah dia sedar maksud disebalik mimpinya. Matanya sudah berkaca, dia sebak dengan teguran Allah, sumayyah akui dia banyak melewatkan solat kerana letih dan sibuk berkerja… dan jika melakukan kebaikan namun dia masih melakukan kemungkaran. Sejak itu, sumayyah banyak perbaiki dirinya dan mimpi itu tidak lagi datang dalam tidurnya.