Pintu Dunia Rumah Akhirat

Jumaat, 20 Julai 2012

Pejuang Islam di bumi Malaysia: Part 1


Ammar dan A’siah adalah pasangan suami isteri yang sudah lima tahun berkahwin namun masih belum dikurniakan cahaya mata, pelbagai usaha dilakukan untuk meminang cahaya mata namun hampa. Mereka tidak putus asa, atas istiqamah yang dilakukan dengan memperbanyakkan membaca surah Ali Imran ayat 38 yang membawa maksud “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”. Kuasa Allah mengatasi segalanya, A’siah disahkan mengandung anak lelaki. Betapa gembiranya hati mereka. Kandungan yang berharga itu ditatang bagai minyak yang penuh.  Akhirnya anak yang lahir ke dunia itu diberi nama Uwais Al Qarni dimana sejarahnya pemuda ini sangat terkenal dikalangan penduduk langit. Ammar begitu teruja dengan anak itu, dia mahu mendidik anak tunggalnya dengan didikan yang sempurna. Memandangkan Ammar pemilik ladang ternak kuda, dia berharap anaknya suatu hari nanti akan mahir menunggang kuda, berenang dan memanah seperti mana saranan Saidina Umar al Khattab. Angan-angan tinggi itu sudah dikongsikan kepada anaknya ketika bayi itu masih di dalam kandungan. Sebulan selepas kelahiran, A’siah dan Ammar mendapati kelainan pada anak tunggalnya, Uwais Al Qarni seolah-olah tidak mempedulikan orang disekelilingnya sehinggalah mereka terpaksa ke hospital untuk mendapatkan pemerikasaan terhadap anaknya. 
Amat mengejutkan, anak kesayangnya didapati buta sejak lahir. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sayunya hati seorang ibu dan ayah yang seklian lama menunggu apatah lagi memasang angan-angan yang menggunung tinggi. Segalanya bagaikan pohon dimusim luruh. Namun dorongan dan nasihat dari keluarga kedua pihak mereka berusaha untuk cekal menghadapi hidup. Ammar sering membawa Uwais Al Qarni ke ladang ternakan kuda dan memberi kata-kata semangat pada bayi yang masih kecil tidak tahu apa-apa. Ammar juga sering menceritakan persekitaran di ladang itu termasuk ciri-ciri kuda yang dimilikinya. Ammar juga memiliki seekor kuda peribadi yang ditunggangnya yang diberi nama   as-Sakb. Kuda tersebut memiliki warna putih di kaki dan kepalanya sebelah kanan. Kuda ini sama cirinya dengan kuda milik Rasulullah. Itu adalah kuda pertama Rasulullah saw yang digunakan di medan perang.Ia memiliki pakaian dari kulit. Suatu hari Rasulullah saw berlumba kuda, dan baginda menang. Kerana itu baginda sayang pada kuda itu. Setiap hari Uwais Al Qarni akan diajak menaiki kuda itu bersiar-siar mengelilingi padang rumput yang lapang.
   Begitu juga A’siah yang tidak jemu membacakan al quran di hadapan bayi itu. Sehinggalah Uwas al Qarni berusia tujuh tahun, kanak-kanak istimewa itu sering menghilangkan diri dan ditemui di ladang ternak kuda milik Ammar. Apa yang menghairankan, bagaimana kanak-kanak buta berusia tujuh tahun itu tahun jalan ke ladang bapanya? Siapakah yang membawanya. Pada suatu hari, Uwais Al Qarni hilang lagi, puas dicari di sekitar ladang kuda namun tidak dijumpai. Akhirnya mereka menemui Uwais Al Qarni di tepi jalan dalam keadaan menangis sambil tangannya memegang tiga bilah anak panah.  Kejadian yang menimpa anak tunggal mereka diadukan kepada seorang ustaz. Menggigil tubuh Ammar dan A’siah apabila dimaklumkan anak mereka sangat istimewa dengan kurniaan dari Ilahi. Kes seperti ini kes biasa dikebanyakkan negara-negara Islam seperti Palestin, Arab Saudi, Mesir, Afrika,Turki dan Afganistan. Mereka-mereka yang meliliki sifat ini akan menjadi ketua pejuang Islam dalam memperjuangkan Islam dari jatuh.
Masing-masing kelu tidak berkata melainkan hati hanya terus memuji Allah. Ditanya oleh ustaz apakah amalan yang diamalkan, Asiah dengan jujur berkata dia berusaha menjadi isteri yang taat dan Ammar berusaha menjadi suami yang taat kepada Allah. Walaupun sibuk diladang kuda, namun Ammar tidak lupa pada urusannya dengan Allah.
Usia Uwais Al Qarni semakin berinjak dewasa. Pada usianya 15 tahun, Uwais sudah boleh menunggang kuda, memanah dan berenang, suatu hari Uwais tiba-tiba jatuh sakit, pelbagai usaha dilakukan namun tidak berhasil. Sehinggakan Ammar dan A’siah bernazar sekiranya anaknya sihat, mereka rela menghantar Uwais al Qarni ke medan perang bersama-sama warga Palestin atau Syria berjuang menegakkan agama Islam. Kuasa Allah Uwais sihat sedia kala. Ammar dan A’siah teringat nazarnya. Mereka akhirnya merelakan anakknya yang buta bersama-sama berjuang membantu saudara seislamnya yang ditindas. Uwais al Qarni kemudian berangkat bersama-sama pemuda AQSA menuju ke palestin. Tiba di Palestin, mereka ditahan oleh 3 orang askar israel. Sekelip mata sahaja tanah disitu dibasahi darah. Pemuda AQSA tergamam. Kelihatan Uwais Al Qarni sedang memegang sebilah pedang yang sudah dibasahi darah. Mereka hairan, dimanakah Uwais mendapatkan pedang sepanjang satu meter itu.