Ammar dan A’siah adalah pasangan
suami isteri yang sudah lima tahun berkahwin namun masih belum dikurniakan
cahaya mata, pelbagai usaha dilakukan untuk meminang cahaya mata namun hampa. Mereka
tidak putus asa, atas istiqamah yang dilakukan dengan memperbanyakkan membaca
surah Ali Imran ayat 38 yang membawa maksud “Ketika itu Nabi Zakaria
berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari
sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar
(menerima) doa permohonan”. Kuasa Allah mengatasi segalanya, A’siah disahkan
mengandung anak lelaki. Betapa gembiranya hati mereka. Kandungan yang berharga
itu ditatang bagai minyak yang penuh. Akhirnya
anak yang lahir ke dunia itu diberi nama Uwais Al Qarni dimana sejarahnya
pemuda ini sangat terkenal dikalangan penduduk langit. Ammar begitu teruja
dengan anak itu, dia mahu mendidik anak tunggalnya dengan didikan yang
sempurna. Memandangkan Ammar pemilik ladang ternak kuda, dia berharap anaknya
suatu hari nanti akan mahir menunggang kuda, berenang dan memanah seperti mana
saranan Saidina Umar al Khattab. Angan-angan tinggi itu sudah dikongsikan kepada
anaknya ketika bayi itu masih di dalam kandungan. Sebulan selepas kelahiran, A’siah
dan Ammar mendapati kelainan pada anak tunggalnya, Uwais Al Qarni seolah-olah tidak
mempedulikan orang disekelilingnya sehinggalah mereka terpaksa ke hospital
untuk mendapatkan pemerikasaan terhadap anaknya.
Amat mengejutkan, anak
kesayangnya didapati buta sejak lahir. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa
sayunya hati seorang ibu dan ayah yang seklian lama menunggu apatah lagi
memasang angan-angan yang menggunung tinggi. Segalanya bagaikan pohon dimusim
luruh. Namun dorongan dan nasihat dari keluarga kedua pihak mereka berusaha
untuk cekal menghadapi hidup. Ammar sering membawa Uwais Al Qarni ke ladang
ternakan kuda dan memberi kata-kata semangat pada bayi yang masih kecil tidak
tahu apa-apa. Ammar juga sering menceritakan persekitaran di ladang itu
termasuk ciri-ciri kuda yang dimilikinya. Ammar juga memiliki seekor kuda
peribadi yang ditunggangnya yang diberi nama
as-Sakb. Kuda tersebut memiliki warna putih di kaki dan kepalanya
sebelah kanan. Kuda ini sama cirinya dengan kuda milik Rasulullah. Itu adalah
kuda pertama Rasulullah saw yang digunakan di medan perang.Ia memiliki pakaian dari
kulit. Suatu hari Rasulullah saw berlumba kuda, dan baginda menang. Kerana itu
baginda sayang pada kuda itu. Setiap hari Uwais Al Qarni akan diajak menaiki
kuda itu bersiar-siar mengelilingi padang rumput yang lapang.
Begitu juga A’siah yang tidak jemu membacakan al quran di hadapan bayi
itu. Sehinggalah Uwas al Qarni berusia tujuh tahun, kanak-kanak istimewa itu
sering menghilangkan diri dan ditemui di ladang ternak kuda milik Ammar. Apa yang
menghairankan, bagaimana kanak-kanak buta berusia tujuh tahun itu tahun jalan
ke ladang bapanya? Siapakah yang membawanya. Pada suatu hari, Uwais Al Qarni
hilang lagi, puas dicari di sekitar ladang kuda namun tidak dijumpai. Akhirnya mereka
menemui Uwais Al Qarni di tepi jalan dalam keadaan menangis sambil tangannya
memegang tiga bilah anak panah. Kejadian
yang menimpa anak tunggal mereka diadukan kepada seorang ustaz. Menggigil tubuh
Ammar dan A’siah apabila dimaklumkan anak mereka sangat istimewa dengan kurniaan
dari Ilahi. Kes seperti ini kes biasa dikebanyakkan negara-negara Islam seperti
Palestin, Arab Saudi, Mesir, Afrika,Turki dan Afganistan. Mereka-mereka yang meliliki
sifat ini akan menjadi ketua pejuang Islam dalam memperjuangkan Islam dari
jatuh.
Masing-masing kelu tidak berkata
melainkan hati hanya terus memuji Allah. Ditanya oleh ustaz apakah amalan yang
diamalkan, Asiah dengan jujur berkata dia berusaha menjadi isteri yang taat dan
Ammar berusaha menjadi suami yang taat kepada Allah. Walaupun sibuk diladang
kuda, namun Ammar tidak lupa pada urusannya dengan Allah.
Usia Uwais Al Qarni semakin
berinjak dewasa. Pada usianya 15 tahun, Uwais sudah boleh menunggang kuda,
memanah dan berenang, suatu hari Uwais tiba-tiba jatuh sakit, pelbagai usaha
dilakukan namun tidak berhasil. Sehinggakan Ammar dan A’siah bernazar sekiranya
anaknya sihat, mereka rela menghantar Uwais al Qarni ke medan perang bersama-sama
warga Palestin atau Syria berjuang menegakkan agama Islam. Kuasa Allah Uwais
sihat sedia kala. Ammar dan A’siah teringat nazarnya. Mereka akhirnya merelakan
anakknya yang buta bersama-sama berjuang membantu saudara seislamnya yang
ditindas. Uwais al Qarni kemudian berangkat bersama-sama pemuda AQSA menuju ke
palestin. Tiba di Palestin, mereka ditahan oleh 3 orang askar israel. Sekelip mata
sahaja tanah disitu dibasahi darah. Pemuda AQSA tergamam. Kelihatan Uwais Al
Qarni sedang memegang sebilah pedang yang sudah dibasahi darah. Mereka hairan,
dimanakah Uwais mendapatkan pedang sepanjang satu meter itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan