Pintu Dunia Rumah Akhirat

Jumaat, 9 Mac 2012

KEISTIMEWAAN NABI MUHAMMAD SAW

KEISTIMEWAAN NABI MUHAMMAD SAW

 



Hadis-hadis dibawah ini pula adalah tentang keistimewaan yang baginda perolehi sebagai Rasul dan kita sebagai umatnya.


1- Rasullullah s.a.w. Penghulu Manusia


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Akulah penghulu manusia pada hari Kiamat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Keterangan:- Nabi s.a.w. mengatakan sebegini untuk menceritakan nikmat Allah s.w.t. Ia juga merupakan nasihat supaya kita mengetahui hak terhadap baginda s.a.w. (Tuhfah al-Ahwazi)


2- Rasullullah s.a.w. Sebagai Rahmat


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya aku diutuskan sebagai rahmat." (Riwayat Muslim)


3- Pendidik Insan Berakhlak Mulia


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik." (Riwayat Ahmad)


4- Keistimewaan pada Penyampaian Rasullullah


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Aku diutuskan denagn perkataan-perkataan yang ringkas dan padat."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Keterangan:- "perkataan-perkataan yang ringkas dan padat"; Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. kerana ia mengandungi lafaz-lafaz yang ringkas dan makna yang banyak. (Tuhfah al-Ahwazi)


5- Nabi s.a.w Mendahului Umatnya


Daripada Jundub bin Sufyan r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Aku mendahului kamu tiba ke kolam di syurga." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Keterangan:- "aku mendahului", menyediakan dan memberikan apa yang kamu perlukan. (Syarah Sahih Muslim)


6- Jaminan Kemenangan


Daripada Thauban r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Allah telah menghimpunkan bumi untuk aku sehingga aku dapat melihat timur dan baratnya. Sesungguhnya kekuasaaan umatku akan meliputi keluasan bumi yang dihumpankan kepadaku." (Riwayat Muslim)


7- Kesedaran untuk Beramal


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu kurang ketawa dan banyak menangis." (Riwayat al-Bukhari)
Keterangan:- Yakni mengetahui tentang keagungan Allah, balasan terhadap pelaku maksiat dan kegerunan yang berlaku pada saat nyawa dicabut, selepas mati, dan keadaan didalam kubur dan hari kiamat. Mengingati perkara tersebut dapat mendorong melakukan amal ibadah. (Fath al-Bari)


8- Bumi Sebagai Masjid


Daripada Jabir r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Dijadikan untukku bumi sebagai masjid (tempat sujud) yang suci." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Keterangan:- Al-Khottobi mengatakan: Umat sebelum Nabi Muhammad s.a.w. diharuskan sembahyang hanya ditempat tertentu sahaja seperti rumah ibadat dan tempat pertapaan. (Fath al-Bari)


9- Kesempurnaan Syafaat Rasullullah s.a.w.


Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Bagi setiap nabi terdapat doa (yang telah dikabulkan di dunia) untuk umatnya. Tetapi aku telah menyimpan doaku sebagai syafaat untuk umatku pada hari kiamat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Keterangan:- Maksud hadis ini ialah setiap nabi telah mendoakan agar umatnya dibinasakan, melainkan Nabi Muhammad s.a.w. tidak mendoakan sedemikian. Ini kerana baginda akan memberikan syafaat sebagai balasan kesabaran umatnya menanggung kesusahan didunia.
Hadis ini menerangkan syafaat Nabi s.a.w. dan belas kasihan baginda terhadap umatnya. Baginda mengambil perhatian terhadap kemaslahatan umatnya yang terpenting. Maka baginda menangguhkan doa balasan azab terhadap umatnya sehingga waktu terpenting dan amat diperlukan syafaat ketika itu. (Fath al-Bari dan Syarah Sahih Muslim)


10- Pelbagai Golongan Mendapat Syafaat


Daripada Anas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Aku boleh berikan syafaat kepada umatku yang melakukan dosa besar." (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
Keterangan:- Syafaat Rasullullah s.a.w. untuk orang yang melakukan dosa besar ialah dengan menyelamatkan mereka daripada kebinasaan. Manakala syafaat baginda untuk orang yang melakukan ketaatan ialah dengan menaikkan darjat mereka. (Syarah Sunan Ibn Majah)


11- Kelebihan Selawat


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Orang yang berselawat ke atas aku sekali, Allah berselawat keatas nya sepuluh kali." (Riwayat Muslim)
Keterangan:- "Allah berselawat" rahmat dan gandaan ganjaran daripada Allah s.w.t. (Syarah Sahih Muslim)


12- Orang Bakhil yang Sebenar


Daripada Ali bin Abu Talib r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Orang yang bakhil ialah orang yang mendengar namaku disebut tetapi tidak berselawat keatasku ." (Riwayat al-Tirmizi)
Keterangan:- Orang berkenaan disifatkan sebagai bakhil kerana menghalang diri sendiri daripada selawat Allah s.w.t. untuknya jika ia berselawat sekali.
Sebahagian ulama mengatakan wajib sekali selawat pada setiap kali disebut nama baginda. Menurut pandangan yang lain, wajib sekali selawat dalam satu majlis yang disebut nama baginda. Manakala ketika disebut nama baginda pada kali yang lain dalam majlis itu maka hukumnya adalah sunat. (Tuhfah al-Ahwazi)
 
13- Ucapan Salam Untuk Rasullullah s.a.w.


Daripada Abdullah bin Mas’ud al-Ansori r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya untuk Allah terdapat malaikat yang berlegar-legar dimuka bumi. Mereka menyampaikan kepadaku salam daripada umatku." (Riwayat al-Nasa’i dan Ibn Hibban)

Banyak Ketawa Buat Hati Mati

SUKA dan duka menjadi asam garam kehidupan. Setiap insan sering dihadapkan dengan pelbagai keadaan hidup yang memerlukan tindakan mental dan fizikal tertentu. Menangis dan hiba sering dikaitkan dengan kedukaan dan penderitaan, manakala ketawa selalunya menjadi manifestasi keriangan dan kepuasan yang tidak semua insan dapat merasainya.





Islam tidak pernah melarang umatnya untuk melahirkan rasa kegembiraan dan kepuasan hati mereka dengan ketawa. Namun, sebagai agama syumul dengan pelbagai adab dan disiplin, maka syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan. Ini bagi mengelakkan orang Islam dipandang rendah martabatnya oleh bukan Islam.


Menyingkap sirah Rasulullah ketika Baginda hebat melancarkan misi dakwah melalui jihad perang selepas hijrah ke Madinah, Allah menempelak sebahagian tentera munafik yang pada mulanya menyatakan persetujuan untuk


bersama-sama Rasulullah di medan peperangan, tetapi membatalkan janji dan persetujuan mereka pada saat-saat genting tentera Islam bakal bertarung dengan kekuatan tentera Musyrikin


Quraisy dalam Perang Uhud. Berikutan peristiwa itu, Allah berfirman yang bermaksud : Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis dengan banyak. (Surah at-Taubah, Ayat 82). Jelas daripada mafhum ayat ini, Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik yang selalunya suka mengamalkan tabiat ketawa berlebihan. Justeru, jika begitulah sikap mereka, maka sebagai umat Islam, kita harus segera membuang sikap sedemikian.





Sedih, murung, riang, gembira dan ketawa adalah sentuhan naluri semula jadi, tetapi Islam tetap menghadkannya untuk mengelaknya berlaku dalam keadaan melampau. Lantaran itulah, walaupun berada dalam apa juga keadaan hidup yang akhirnya menuntut diri seseorang secara spontan berada dalam keadaan yang sesuai dengan apa yang dialami dan dirasai, Islam menyediakan pilihan lain yang boleh diguna pakai bagi mengelak daripada bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila hati dan perasaan bertindak balas dengan apa yang dialami.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati. (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi). Jika dihayati maksud hadis ini, sewajarnya setiap insan mukmin segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara untuk menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara berlebihan. Hal ini kerana dibimbangi boleh membawa kepada beku dan matinya hati. Hati adalah ejen penggerak utama sahsiah dan keperibadian seseorang. Justeru, jika hati sudah tidak lagi berfungsi dalam erti kata menjadi petunjuk dan pemandu arah manusia untuk meneruskan kembara hidup ini, maka sudah tentu tidak ada sedikit pun manfaat dan ganjaran yang diperoleh kerana pergerakan fizikal tidak lagi berpandukan arahan hati yang murni.


Hati adalah pemerintah dalam diri setiap manusia. Jika baik dan bersih hati seseorang, maka akan baiklah seluruh anggota zahir seseorang dalam melakukan apa juga tindakan dalam hidup seharian. Sebaliknya, jika buruk dan rosak sebuku hati itu, maka akan rosaklah segala anggota asas dan pancaindera manusia apabila melakukan tindakan tertentu dalam hidup ini. Apabila hati sudah mati, maka akan mudahlah syaitan hakiki dan syaitan nafsu merajai diri dan akhirnya akan membawa diri ke lembah hina dan menyeleweng daripada landasan kebenaran. Begitu juga, akan terbentuklah kelompok manusia yang alpa dengan fungsi dan tanggungjawab asal manusia sebagai khalifah di bumi Allah.


Sesungguhnya, hati berperanan besar menjadi penghubung kepada jiwa dan perasaan manusia untuk mentazkiah (menyucikan) diri melalui bisikan zikir dan doa, yang mana dengan cara itulah, manusia boleh mendekatkan diri dengan Yang Maha Pencipta dan menyemai rasa takut untuk melakukan sesuatu yang bercanggah dengan suruhan agama. Jika hati sudah mati, maka akan runtuhlah keperibadian manusia secara keseluruhannya. Hal ini kerana, pada ketika itu, keunggulan ciri-ciri manusia sejati yang lahir dengan kedudukan dan tanggungjawab di alam fana ini akan terabai.





Perlu juga disedari, bahawa pada ketika hati itu sudah rosak, maka sesuatu yang akan binasa ialah maruah diri. Individu itu tidak mampu lagi memandu dan membela maruah hidupnya iaitu kehormatan diri kerana proses untuk memantap dan menghidupkan darjat diri sudah tidak berfungsi lagi. Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya sudah berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah.

Suatu ketika, Rasulullah berjalan di depan sekumpulan orang yang sedang ketawa, lalu Baginda bersabda yang bermaksud: "Demi Tuhan yang jiwaku ini berada dalam genggaman-Nya. Jika kamu semua tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa. (Riwayat Bukhari dan Abu Hurairah). Dalam hadis lain, Rasulullah mengingatkan kita jangan banyak ketawa dengan sabda Baginda yang bermaksud: Terlalu banyak ketawa itu boleh menghilangkan cahaya daripada wajah kita. Ketawa yang sudah sampai ke tahap berlebihan, maka ia lebih mengundang perkara negatif daripada yang positif.


Orang banyak ketawa akan lebih suka membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan sesuatu bermanfaat. Bukan itu saja, kadang-kadang, banyak ketawa boleh melupakan manusia daripada mengingati mati dan himpunan dosa yang menimbun dalam diri. Apabila lupa kepada mati, manusia akan lupa membuat persiapan menuju ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keindahan, kekayaan, keseronokan dan kegembiraan yang tidak lebih hanya bersifat sementara. Orang banyak ketawa akan banyak membawa kepada kelalaian memikirkan tugasan dan amanah yang perlu dilaksanakan sebagai khalifah, ketua, ayah dan pemimpin dalam dunia.

Abdullah bin Abi Yu'lah pernah berkata: Adakah kamu masih bergelak ketawa sedangkan kain kafanmu sudah pun dikeluarkan dari istana Allah.

 Justeru, bermuhasabah diri adalah jalan paling terbaik dilakukan sepanjang masa agar tidak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia. Ini kerana, ia adalah suatu dugaan daripada Allah kepada hambaNya beriman. Di samping itu, kita digesa supaya menilai keperibadian sendiri pada setiap waktu agar dapat mengenal pasti setiap kelemahan dan kesalahan sama ada sengaja atau tidak. Kita juga diminta tidak mudah berpuas hati dan leka dengan pencapaian tersendiri, dan akhirnya menjadikan ketawa sebagai teman kepada keseronokan.

Benarlah ada kata-kata yang menyebut bahawa orang yang banyak ketawa akan banyak menangis kemudian. Hal ini kerana, manusia celaka di dunia yang banyak ketawa bukan saja tidak akan mampu ketawa dalam azab Allah, bahkan tidak akan mempunyai masa untuk mengukir senyum.

 Sebaliknya, akan dihiasi dengan jeritan dan tangisan yang menghibakan. Abdullah Ibn Abbas pernah berkata; sesiapa melakukan perbuatan dosa dan kemudian ketawa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka dengan tangisan.

Sekali lagi ditegaskan bahawa Islam tidak pernah melarang umatnya untuk ketawa, tetapi biarlah di atas landasan syariat yang sederhana. Hal ini kerana, kita tidak dapat mengelakkan sesuatu yang semula jadi tercipta. Semoga kita akan sama-sama berusaha mengawal diri daripada menyebabkan hati mati kerana apabila ia berlaku, maka akan hilanglah kenikmatan hidup untuk menjadi mukmin yang beriman kepada Allah.







Selasa, 6 Mac 2012

~Antara solat Jibrail A.S dan solat Umat Muhammad SAW~

Assalamualaikum wbt


Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, “Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat Jibrail dengan bentuk yang sangat elok. Jibrail mempunyai 124,000 sayap dan di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti sayap burung merak, sayap itu antara timur dan barat. Jika Jibrail menebarkan hanya satu daripada beberapa sayap yang dimilikinya, maka ia sudah cukup untuk menutup dunia ini”.




~Korang tengoklah.. SubhanaAllah..betapa besarnye Jibrail ni.. Betapa indahnya Allah menciptakan Jibrail ni..Mesti tak tergambar dek akal kite kan...


And then, Jibrail pun memandang dirinya yang tampak sangat indah dan sempurna.. dan seraya malaikat Jibrail pun berkata kepada Allah SWT  “Wahai Rabbku, apakah Engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik daripada aku?” Kemudian Allah pun menjawab pertanyaan malaikat Jibrail, “Tidak”. Mendengar jawapan Allah, maka malaikat Jibrail pun berdiri dan melakukan solat dua rakaat untuk bersyukur kepada Allah. Pada setiap rakaat solat yang dikerjakan oleh malaikat Jibrail, dia menghabiskan masa selama 20,000 tahun lamanya.


~Tu diaa.. lihat lah. korang., betapa taatnya dan betapa rasa syukurnya  Jibrail pada Allah SWT.. Dan2 tu jugak Jibrail solat 2 raakaat.. Kalau kite la manusia ni..dapat berita baik jangan kan solat .. sujud syukur pon belum tentu..huhuhuhu..lupe. then terus call membe2 celebrate makan2 kan? kan? =)
Ok berbalik pada cite si Jibrail ni..


Selesai je malaikat Jibral solat,Allah berfirman kepada Jibrail
 “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembahKu seperti ibadah yang kamu lakukan, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia, yang paling Aku cintai bernama Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa".


Allah sambung lagi.....


Seandainya mereka mengerjakan solat dua rakaat walau hanya sebentar dan dalam keadaan lupa serta serba kurang, dengan pikiran yang melayang-layang dan dosa mereka pun besar, maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai daripada solatmu. Hal tersebut kerana mereka telah mengerjakan solat itu atas perintahKu sedangkan solat kamu bukan atas perintahKu”.


Haa. korang, jangan la pulak korang bace ni then korang pikir takpe korang nye solat tu serba kurang.. Kite buat la perhabis baik..do the best dalam SOLAT.. ok..Allah sangat sayangkan HambaNYA.. so korang kenalah buktikan sayang korang jugak pada Allah.. okey..=)




And then..setelah mendengar hal tersebut, Jibrail pun kembali bertanya kepada Allah,
“Ya Rabbku, apakah yang Engkau berikan kepada mereka sebagai ganjaran atas ibadah mereka kepadaMu?” Maka Allah berfirman yang ertinya,
“Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal mereka”.
 Malaikat Jibril kemudian meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa tersebut.




Jibrail A.S still nak tahu bagaimana rupe Syurga Ma'waa tu..Then bile Allah da bagi green light kat Jibrail.. Jibrail pon terbanglah menuju Syurga Ma'waa..Bayangkan la korang semua..1 hayunan sayap malaikat Jibrail tu je adalah sama dengan jarak selama 3000 tahun.Maka..terbanglah Malaikat Jibrail A.S ni beberapa lama.. korang image la.. (1 hayunan =3000 tahun...beberapa lama.. tu mesti banyak hayunan kan?)huhuhuh
Akhirya malaikat Jibrail  kepenatan dan turun untuk singgah dan berteduh di bawah sebuah pohon. Di sana ia bersujud kepada Allah lalu berkata,
“Ya Rabbku, apakah aku telah menempuh setengah atau sepertiga atau seperempat dari perjalanan menuju ke syurga Ma’waa?”


Korang tahu apa yang Allah balas? Haa jangan terkejut serta pengsan ye.. sabo2.. gi minum cendol dulu.. cool down. hehehe. =p
Maka Allah pun berfirman, “Wahai Jibrail, meskipun kamu mampu terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa puluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan”.


See korang.. betapa Allah sayang kan kite.. Sedih tau bile kite cincai2 je wat solat..siap mase solat dok pikir lagi nak masak ape... nak kemas umah la.. nak g update belog la... nak tgk fox series la.. hukhukhuk.So pehni pakat2 la kite kerjakan solat dgn baik dan penuh khusyuk dan tawadduk...=)  

Apabila Sahabatku sakit........

Aku melangkah masuk ke dalam bilik. Matanya terus terpandang seseorang.
“Assalamualaikum..” sapanya ramah. Dia memakai tudung labuh. Mungkin amik pendidikan Islam. Detik hati kecilku
“Wa’laikumusalam..” jawab aku. Mungkin student ijazah. Hari ini aku dapat sebilik dengan student ijazah…kami berjabat tangan.
“Amik kos apa?” soal aku ramah
“Bahasa Melayu..” jawabnya sambil sibuk memunggah barang.
“Sape ye nama?” soalnya.
“Err..Zulaika…”
“Saya Maryam..” jawabnya lembut. Sesuai dengan penampilan Islamiknya.
“Hemm…ibu Nabi Isa..” gurau ku.
Dia tersenyum malu.
“Umur berapa?” soalku pula.
“24..awak?”
“same la kite..”
“Amik kos ape ye?” soalnya lagi.
“IT.” Jawabku
“Asal mana nie?” dia bertanya.
“Johor.. awak?”
“Sama la…ada jodoh la kita nie.” Gembira nada bunyinya. “Johor kat mana?” sambungnya.
“JB..”
“Saya Batu Pahat.” Jawabnya sambil lincah tangan melipat pakaian yang dikeluarkan dari begnya.
“Selamat berkenalan… Moga Allah merahmati kita… jika ada yang tidak puas hati bagi je tahu..” terangnya.
Aku mula mengkagumi sikap maryam.
 Pejam celik dah sebulan kami sebilik. Disebabkan kesibukan kelas, aku jarang bersembang dengan Maryam. Dia pula lebih suka mendiamkan diri dan hanya bercakap perkara yang penting sahaja dan aku tidak akan menganggunya.
Aku lebih suka duduk dengan rakan-rakan ku kerana aku seorang yang suka bercakap. Bila dibilik, suasana sunyi sepi semacam tiada siapa di bilik. Kami masing-masing membuat hal masing-masing. Apa yang aku lihat, Maryam lebih suka membaca al quran dan soalt 5 waktunya sangat awal. Azan berkumandang sahaja dia sudah di tikar sejadah. Tafakurnya lama. Kadang kala hampir 45 minit. Amalanya membuatkan aku jadi kagum. Alhmdulillah, aku masih menunaikan tangungjawab aku sebagai seorang muslimah. Suatu malam aku pulang dari rumah member. Bila pintu dikuak aku terpandang maryam bersandar di katil. Dia tersentak dengan kehadiran ku yang tidak dijangka. Matanya berair dan sedikit bengkak menunjukkan dia sedang menangis teruk. Aku jadi kelu dan serba salah. Hendak berundur ada barang yang nak amik. Aku tengok maryam pun jadi tak keruhan. Dia hanya tersenyum pahit sebelum memalingkan muka. Mungkin dia malu.
“Err..awak ada masalah ke?” aku memberanikan diri bertanya.
Dia hanya menggelengkan kepala. Jujur aku memberitahu bahawa maryam seorang gadis yang agak misteri. Selama aku duduk bersamanya, maryam kadang2 menagis tanpa sebab.  Hanya sepatah dua sahaja yang keluar dari mulutnya. Itu pun aku yang mulakan bicara.
“Maryam..kalau awak tak kisah, bagitahu saya…mungkin awak perlukan duit.” Aku cuba mengambil berat.
“Er..tak..saya ok..” jawabnya dalam nada serak basah. Bicara orang baru lepas menagis.
Kadang2 aku terpaksa kongsi cerita dengan member aku kerana kepelikan rakan sebiliku. Namun amalannya sangat bagus. Solat qiamulainya jarang sekali nampak dia meninggalkannya. Jika dia tidak bersolat, tasbih sentiasa lekat di tangan. Mulutnya kelihatan berkumat kamit membaca zikrullah. Segala program keagamaan tidak pernah dia tinggal. Kadang kala dia ada juga ajak aku, namun kemalasan mengatasi segalanya.
“Tah3 dia ada msalah dengan pak we.” Teka rakan aku Teha.
“Uishh..aku tak rasa dia ada pak we.. handpon pon aku tengok xpernah ada kat tangan…dia selalu kot tinggal Hp uma…” aku membidas andaian teha.
“Dah tu kenapa…?” teha pula soal aku.. aku pun takde jawapan.
“Dia rindu kat mak dia kot.” Teka Sarah pula.
“Dah sem 5 kawan kite tu..tak kan xbiasa kot duduk kolej.” Balas aku.
Kadang2 persoalan tu berlalu tanpa jawapan. Kalau aku Tanya sendiri pun maryam tak akan jawab.
Tiga bulan berlalu, aku tekad untuk menemui maryam untuk bertanyakan masalahnya. Namun aku sempat bertemu dengan dua orang ustazah bertanyakan pendapat beliau.
“Orang seperti itu menangis kerana terlalu mengingati mati…sebab itu dia banyak menangis…setiap malam dia akan muhasabah diri…” ustazah tu memberi maklum balas.
Yeke? Aku mula berfikir.
Hari sabtu memang kami selalu duduk rumah kerana tiada kelas. Jadi aku amik masa nie untuk bersemuka dengannya. Seperti biasa subuh dia sudah laksanakan sedangkan aku masih mengulit-ulit di tempat tidur.
Aku amik keputusan nak tanye jam 9 pagi…bagi aku sesuai dengan keadaan. Namun malang sekali dia keluar mendengar ceramah. Aku terpaksa menunggu sabtu hadapan InsyaAllah.
Menjelang sabtu yang dinanti aku memulakan bicara. Puas aku mengenakan ayat bunga2 kemudian akhirnya mendesak baru dia bukak cerita.
“Saya sebenarnya sakit…” jawabnya perlahan, kelihatan tubir matanya bergenang air mata.
“Ya Allah..yeke..kenapa tak cakap awal2..” aku terkejut dengan kenyataan dia… “sakit apa?” soalku.
Dia hanya mendiamkan diri…
“Cakap la plzzz…kita kawan kn…” aku cuba memujuk.
“Sakit saya tiada ubatnya melainkan saya sendiri yang kene terapinya.”
Aku mula cuak… dah tahap kriktikal ke… peluh mula mengalir.
“Saya ada penyakit hati…”
Aku bingung… “barah hati ke?” soal aku meminta kepstian.
“Bukan..penyakit hati ini ialah……riak, sombong, bangga diri, tidak bersyukur dan keras hati.” Jawapannya membuatkan aku bertambah bingung…main2 ke dia nie..desis hatiku.
“ cuba awak jelaskan…saya masih tak faham…” pintaku.
“Apabila seseorang itu melakukan kebaikan, syaitan akan menghasut dengan hasutan yang dasyat sehinggkan ibdah yang dilakukan menjadi sia2 kerana riak, tidak khusyuk dan bangga diri… walaupun macam2 ibadah yang saya lakukan, banyak yang salahnya… jika saya mengaji, saya akan bangga kerana lancer bacaanku, bila solat hati aku melayang ke lain, bila aku solat malam aku bangga diri….apa erti hidup dengan ibadah yang sia2 nie.” Maryam terus menangis….
Ya Allah…aku seolah-olah baru tersentak……
“pertempuran dengan dugaan memang berat..jika kalah, binasalah diri…apatah lagi jika kita semakin hampir dengan kebaikan..” sambungnya lagi…
Aku terus kelu…seluruh sendiku lemah… fikiranku kosong….
Aku tidak dapat nak salami semua nie… bagiku ibadah sesuatu yang mudah, janji solat, janji buat baik..tapi yang sebenarnya……..

_BERSAMBUNG……………


Sabtu, 3 Mac 2012

Gangguan Syaitan Ketika Solat

Gangguan Syaitan Ketika Solat

Antara gangguan itu adalah:

1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram


Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah, sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.

Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwudhuk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.


2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat.

Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.

“Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).

3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan

Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
 
4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan

Abu Hurairah berkata, “Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.

Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.

Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,’Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!’ Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat.” (Hadis Riwayat Bukhari).
5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat

Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.

Rasulullah bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.

Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

6) Melakukan gerakan yang tidak perlu

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.

“Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya? “Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w,” kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).
7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat

Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat”. Rasulullah menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).

 
8) Menguap dan mengantuk

Rasulullah bersabda bermaksud: “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.” (Hadis Riwayat Thabrani).

Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, “Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ‘ha…’ bererti syaitan tertawa dalam mulutnya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

9) Bersin berulang kali ketika solat

Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan.” (Riwayat Thabrani).
Ibnu Mas’ud berkata, “Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.”

10) Terasa ingin buang angin atau buang air

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya” (Hadis Riwayat Muslim).

Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan.

Bagi yang berasakan gangguan itu, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

Apa yang tidak baik itu bukan semestinya tidak baik

Redha ialah menerima dengan rasa senang hati dan lapang dada atas segala apa yang telah ALLAH tentukan, baik berbentuk musibah ataupun kesenangan.

Ada orang bila dapat senang dia kata Allah sayang dia, tapi bila dapat musibah dia kata Allah tak sayang dia. Namun sebenarnya dengan memberikan musibah Allah nak gilap dia jadi orang yang redha. 
"Tiada muslim yang tertusuk duri/yang lebih dari itu, kecuali Allah mencatat baginya kebaikan dan menghapus darinya dosa". (HR.Bukhari).

Rasulullah SAW bersabda : “Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya, Allah Taala berfirman kepada Malaikat penulis amalnya: “Tulislah juga untuknya amal-amal soleh yang biasa ia lakukan;” kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu, Tuhan jadikan ia hidup berkeadaan baharu – bersih suci dari dosanya; dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberikannya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya”. (Anas r.a)

Nabi Ayyub yang diuji dengan sakit, baginda redha biarpun segala harta dan anak-anaknya hilang daripadanya dan Nabi Ayyub masih memuji Allah kerana memberinya banyak nikmat.
 

Dikisahkan pada zaman dahulu ada seorang lelaki tua miskin yang hidup dengan anak lelakinya yang masih muda serta seekor kuda betina. Orang-orang kampung sentiasa datang dan berkata kasihan kepadanya kerana kamu miskin, hanya ada seorang anak dan seekor kuda betina. Dijawab oleh lelaki miskin itu, "apa yang tidak baik itu bukan semestinya tidak baik".
Suatu hari kuda betinanya hilang, orang-orang kampung kembali berkata, kesihan kamu sudahlah miskin kuda pula hilang. Lelaki tua miskin itu berkata; "apa yang tidak baik itu bukan semestinya tidak baik". Kembalilah orang-orang kampung. Tidak berapa lama kuda betinanya yang hilang kembali kepadanya dengan membawa bersamanya 6 ekor kuda jantan liar. Lalu anak lelakinya melatih kuda2 itu supaya menjadi jinak. Lama setelah itu, anak lelaki ini patah kaki akibat jatuh kuda.
Orang-orang kampung berkata kesihan kepadamu, anakmu pula patah kaki. Lelaki itu tetap berkata yang sama; "yang tidak baik itu bukan semestinya tidak baik". Lama selepas itu negara tempat tinggal mereka akan diserang musuh lalu pemerintah mengerahkan setiap anak muda dari kampong itu turut serta dalam peperangan. Jadi semua anak-anak lelaki kampung telah dikerah menjadi tentera, tetapi disebabkan anak lelaki yang miskin ini kakinya patah tidaklah dia turut serta kerana dikecualikan.
Ditakdirkan semua anak muda yang ikut berperang semuanya tewas, jadi anak lelaki miskin ini ditakdirkan berkahwin dengan perempuan daripada anak orang yang kaya di kampung itu. Jadi di sinilah barulah orang-orang kampung mendapati bahawa jawapan lelaki miskin itu "yang tidak baik itu bukan semestinya tidak baik" itulah yang sebenarnya berlaku. Daripada seekor kuda bertambah jadi 7, anaknya tidak perlu ke medan perang kemudian dapat kahwin dengan anak orang kaya. Itulah hikmah di sebalik kejadian.

Pengajarannya ialah jika kita redha dengan ketentuan Allah, maka Allah juga redha kepada kita:

A100
Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (At-Taubah 9:100)

Setiap manusia hendaklah menerima segala ujian Allah dengan hati yang tabah, sabar dan redha kerana sikap yang demikian akan membawa kebaikan pada dirinya. Jika ia membiasakan dirinya dengan amalan yang baik semasa susah atau senang, sakit atau sihat kemudian tidak dapat melakukannya disebabkan kesakitan atau kemalangan yang menimpanya, maka Allah memerintahkan malaikat amal mencatat amalan yang baik yang tidak dapat dikerjakannya itu.

Sekiranya Allah menyembuhkan sakitnya atau menghilangkan bencana yang menimpanya itu maka Allah jadikan ujianNya itu sebagai “kaffarah” (yang menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu) serta dijadikan hidupnya berkeadaan baru, suci dan bersih daripada dosa. Namun sekiranya Allah S.W.T sempurnakan ajalnya dengan kemalangan itu, maka ia akan dikurniakan keampunan dan dilimpahkan rahmat kepadanya.

Jika Allah ambil salah seorang ahli keluarganya yang disayangi yakinlah semuanya itu hak milik Allah. Kita hanya diberi pinjam buat sementara. 

Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-baqarah 2:216)

Kesimpulannya bersyukurlah bila diberi nikmat dan sabar serta redha bila diberi ujian.

Dakwah Ahmad Al-Shughairi


 


SEBIJI buah epal yang masak ranum dilihat berada di atas lantai sebuah pasar raya di Bandar Jeddah, Arab Saudi. Beberapa orang yang lalu lalang berhampiran tempat jualan buah-buahan dan sayur segar itu langsung tidak mengendahkannya.

Kemudian, apabila seorang wanita muda berjubah hitam lengkap berpurdah melalui kawasan tersebut, dia pantas mengangkat buah epal yang berada di lantai lalu diletakkan semula di tempat asalnya.

Tindakan wanita itu ternyata mengundang sekuntum senyuman buat seorang lelaki yang bersembunyi sambil memerhatikan situasi tersebut melalui kamera tersembunyi di satu sudut pasar raya itu.

Tanpa menunggu lebih lama, lelaki yang mempunyai lesung pipit di pipi itu bergerak untuk menemui wanita tersebut. Ucapan tahniah tidak lekang diucapkan kerana kelakuan baik yang ditunjukkan wanita berkenaan.

“Terima kasih saudari kerana mencontohi akhlak Nabi Muhammad SAW yang sudah pasti tidak akan suka seandainya nikmat atau rezeki dibiarkan terjatuh di lantai begitu sahaja.

“Soalan saya, seandainya Rasulullah SAW ada di hadapan saudari selama seminit, apakah yang mahu saudari ucapkan kepada Baginda?” demikian pertanyaan yang dilontar pengacara berkenaan sekali gus menusuk hingga ke lubuk hati paling dalam bagi sesiapa yang mendengarnya.

Tiada jawapan yang keluar dari bibir wanita itu melainkan mutiara jernih yang mengalir dari kelopak matanya. Sejurus menghela nafas, dia pantas mengungkapkan: “Ia satu soalan yang sukar. Duduk bersama Baginda adalah impian semua orang. Andainya ia berlaku, saya ingin meminta kepadanya agar membawa saya jauh dari dunia ini.”

Itu antara pengisian rancangan televisyen bertajuk Law Kana Bainana (Andai Rasulullah SAW Bersama Kita) yang dicetuskan oleh Ahmad Al Shugairi, 38, merangkap pengacara untuk program yang menjadi fenomena di Semenanjung Tanah Arab dan di serata dunia.

Program berbentuk dakwah itu bertujuan mengajak umat manusia untuk mengenali keperibadian mulia Nabi Muhammad SAW yang dilahirkan sebagai pembawa rahmat bagi sekalian alam.

Terbahagi kepada beberapa segmen, ternyata program itu mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan terutama bagi golongan muda yang semakin melupakan keagungan insan bernama Muhammad bin Abdullah itu.

Bagaimanapun, inisiatif yang diambil Ahmad bagi menerbitkan rancangan sedemikian membuktikan bahawa sebenarnya segala amalan dan sunnah Nabi SAW masih menjadi ikutan serta pegangan sebahagian umat Islam di dunia ini.

Antara segmen yang terdapat dalam rancangan itu seperti rakaman kamera tersembunyi untuk mengetahui tindakan seseorang individu dalam pelbagai situasi, temu bual dengan pelbagai tokoh dalam bidang tertentu termasuk yang bukan Islam mengenai pandangan mereka terhadap Nabi SAW dan penceritaan sirah-sirah Nabawiyah secara tidak langsung memberi kesan yang mendalam kepada penonton.
POPULARITI Ahmad menyebabkan dia sentiasa menjadi tumpuan lensa wartawan.

Pintu hati terbuka
Ironinya, Ahmad sendiri mengakui bahawa dia bukanlah seorang sheikh atau pendakwah yang memiliki ilmu agama yang luas dalam mengajak manusia mengenali Rasulullah SAW. Namun, rasa cinta yang menggunung tinggi terhadap Baginda SAW merupakan faktor utama dia berbuat demikian.

“Saya bukan seorang sheikh. Tetapi, apabila mula belajar untuk mengenali ketokohan Rasul Junjungan, saya terus jatuh cinta kepada Baginda dan berusaha mempelajari sirah-sirah yang menceritakan tentang keistimewaan Nabi Muhammad SAW,” ujar Ahmad ketika ditemu bual oleh akhbar The New York Times pada tahun 2009.

Menyingkap latar belakang Ahmad yang berasal dari Arab Saudi, dia pernah melalui zaman gelap sebagai seorang anak muda yang lalai daripada melakukan tuntutan agama.

Dilahirkan pada tahun 1973 dalam sebuah keluarga kosmopolitan yang kaya, Ahmad kemudian melanjutkan pengajian di sebuah kolej di Long Beach, California pada usia 17 tahun.

Bertitik tolak dari situlah, dia mula mengabaikan suruhan agama seperti tidak bersolat dan tidak berpuasa. Sama seperti anak muda lain, Ahmad lebih gemar menghabiskan masa dengan acara hiburan dan keseronokan. Merokok, berseronok dengan wanita dan meminum arak antara perilaku negatif yang pernah dilakukan pemuda itu.
AHMAD turun ke padang sendiri untuk rakaman dengan orang ramai.


Cuma, apabila mengambil keputusan untuk berkahwin pada usia 22 tahun, Ahmad berusaha menjalani kehidupan menurut ajaran Islam yang sebenar. Dia turut menyesali kehidupan bebas yang dilalui ketika remaja.

Rentetan itu, Ahmad bertindak kembali ke Arab Saudi di samping mahu menguruskan perniagaan milik bapanya. Namun, isterinya tidak mahu mengikut corak hidup Ahmad yang mula berubah ke arah lebih Islamik dan ia membuatkan pasangan itu mengakhiri perkahwinan mereka dengan perceraian.

Di sana, Ahmad mula belajar dengan seorang ulama bernama, Adnan al-Zahrani yang mendedahkan kepadanya tentang idea bahawa kekuatan Islam datang daripada kepelbagaian dan keterbukaan dengan cara-cara pemikiran yang baharu.

Buat kali pertama, Ahmad menemui satu cara untuk mengimbangi gelodak jiwanya yang berperang dengan kehidupan sendiri di Amerika Syarikat dan Arab Saudi.

Di Jeddah, Ahmad kemudian membuka sebuah kafe yang dinamakan Al-Andalusia untuk golongan muda mempelajari lebih lanjut tentang Islam menerusi koleksi buku-buku Islamik yang disediakan di kafe tersebut.
Sebelum menerbitkan rancangan Law Kana Bainana, Ahmad telah berjaya menarik perhatian dan menjadi inspirasi kepada ribuan pemuda pemudi di tanah Arab melalui program televisyen bertajuk Khawater (Pemikiran) sejak tahun 2004 hingga 2010.

Rancangan tersebut memberi tumpuan tentang bagaimana kehidupan Muslim pada masa dahulu dan zaman sekarang. Ia kemudian diiktiraf sebagai program paling berjaya di dunia Arab yang disiarkan sepanjang bulan Ramadan pada setiap tahun.
LOGO rancangan Law Kana Bainana yang menjadi fenomena di Tanah Arab.


“Orang Islam dahulu kala merupakan cendiakawan dalam pelbagai bidang termasuk sains, perubatan, astronomi dan matematik. Justeru, kita harus bangkit kembali untuk memastikan kegemilangan Islam akan terus berkekalan pada masa akan datang,” tutur Ahmad kepada Rahima al-Balushi, wartawan akhbar Times of Oman.

Bagi wartawan The New York Times, Robert F. Worth yang pernah menemu bual Ahmad, dia menganggap lelaki itu seorang bintang generasi baharu yang dikenali sebagai sheikh satelit.

“Menerusi beberapa rancangan televisyen yang diterbitkannya, Ahmad banyak membantu masyarakat dunia dalam meningkatkan pemahaman sebenar terhadap Islam yang sering dipandang serong.

“Pendekatan dakwah yang digunakan Ahmad sangat berhemah dan mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang didekatinya,” kata Robert.

Kejatuhan Islam


Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; 

"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". 

H.R. Abu Daud 




Kejatuhan Empayar Khalifah  Uthmaniyah Part 1



Kejatuhan Empayar Khalifah  Uthmaniyah Part 2


Kejatuhan Empayar Khalifah  Uthmaniyah Part 3



Kejatuhan Empayar Khalifah  Uthmaniyah Part 4

Jumaat, 24 Februari 2012

Kehidupan



Dalam menjalani kehidupan seharian yang penuh onak duri, seringkali kita lupa akan perkara-perkara yang boleh mengembirakan hati. Seringkali hanya kesusahan diri yang dikeluh tiap masa. Dunia ini telah diciptakanNYA dengan penuh keseimbangan, ada positif dan ada negatif. Pandanglah dunia ini dengan pandangan yang berbeza dari normal. Ada hikmah disebalik apa yang ditentukanNYA.
Berikut adalah antara empat perkara-perkara yang boleh kita lakukan dan juga boleh kita elakkan untuk memastikan kesimbangan dalam diri sendiri.

[POSITIF]
Empat hal yang memberikan kesenangan dalam hati:
ª     Melihat yang hijau-hijau
ª     Melihat air yang mengalir
ª     Melihat orang yang disayangi
ª     Melihat buah-buahan

Empat hal yang membuat badan menjadi kuat:
ª     Mengenakan pakaian yang lembut
ª     Mandi dengan air hangat
ª     Makan makanan yang manis dan berlemak
ª     Mencium wangian

Empat hal yang membuat wajah semakin segar:
ª     Menjaga harga diri
ª     Menepati janji
ª     Dermawan
ª     Takwa

Empat hal yang bisa mendatangkan rezeki:
ª     Bangun malam untuk solat
ª     Banyak beristighfar menjelang fajar
ª     Membiasakan memberi
ª     Membiasakan diri berzikir di petang hari

Empat hal yang akan menambah daya pemahaman:
ª     Hati yang bersih
ª     Tidak menjejalkan makanan dan minuman ke dalam tubuh
secara berlebihan
ª     Mengatur menu makanan yang baik
ª     Membuang semua endapan makanan yang memberatkan badan.

[NEGATIF]
Empat hal yang bisa membuat pandangan mata menjadi gelap:
v     Berjalan tanpa alas
v     Bersedih di pagi buta dan petang hari menjelang tidur
v     Terlalu sering menangis
v     Terlalu banyak membaca tulisan-tulisan yang sangat kecil

Empat hal yang merosak tubuh:
v Cemas
v Sedih yang berpanjangan
v Lapar
v Kurang tidur malam
Empat hal yang menghilangkan kesegaran dan keceriaan wajah:
v Berbohong
v Tak tahu malu
v Terlalu banyak bertanya yang tanpa dasar
v Banyak melakukan maksiat

Empat hal yang mencegah datangnya rezeki:
v Tidur di pagi hari
v Jarang solat
v Malas
v Suka berkhianat

Empat hal yang akan membahayakan pemahaman dan kemampuan otak:
v Katagihan makanan yang masam dan buah-buahan
v Tidur terlentang
v Resah
v Gundah

Empat hal yang mendatangkan kemarahan dan kebencian:
v Takabur
v Dengki
v Bohong
v Suka mengadu