Pintu Dunia Rumah Akhirat

Ahad, 5 Februari 2012

Novel Islamik : Cinta Si Fakir


1 

Suasana di kedai Walid agak sibuk. Ramai orang datang ke kedainya membeli keperluan dapur. Hanya terdapat kedai yang menjual barangan basah pada ketika itu. Normah isteri Walid sedang sarat mengandung, namun masih lincah menguruskan jualan di kedai milik suaminya.
“Dah la tu Nor... seram aku tengok engkau tu. Dah sarat-sarat macam nie pun kau masih boleh nak berniaga.” Tegur seorang pelanggan tetap, Zaharah.
Normah hanya tersenyum manis. Jauh di sudut hatinya, tiada kesulitan yang dihadapi ketika menguruskan kerja-kerja rumah termasuk membantu suami di kedai. Anak di dalam kandungannya tidak meragam. Mungkin kerana perut ini sudah melahirkan empat orang cahaya mata menyebabkan anak  yang kelima ini tidak banyak ragamnya.
“Hati-hati Nor... licin kedai nie...Walid nie mana? Isteri dia sibuk-sibuk kat kedai dia pulak hilang.” Bebel seorang lagi pelanggan tetapnya Tok Dah.
“Ke tandas Tok Dah.” Jawab Normah perlahan. Kini dia menipu. Suaminya sedang sibuk berborak di warung makan di hujung jalan membiarkan isterinya yang sedang sarat membuat semua kerja. Normah isteri yang tabah. Sering kali dia menangis mengenangkan sikap suaminya yang sering lepas tangan. Kesedihan itu semua lenyap takala anak-anaknya menghampirinya. Dia perlu tabah demi anak-anak yang dikasihinya.
Normah selalu berdoa agar diberi kekuatan supaya dia berjaya mengharungi semua kesedihan ini dengan hati yang tabah. Namun, dia akui kebaikan suaminya, setiap jam 3 pagi, suaminya akan ke pasar besar kadang kala berkeseorangan memborong ikan, ayam, daging dan sayur untuk dijual keesokan hari.
 Walid dibesarkan sebagai anak nelayan. Menjelang tiga pagi, Walid merupakan anak sulung terpaksa mengikut ayahnya ke laut pada usia 9 tahun. Bapanya garang, jika kemahuannya tidak dituruti pasti ada saja yang akan hinggap di batang tubuh Walid. Walid akur, ibunya hanya mampu mendiamkan diri. Mungkin jiwa kanak-kanaknya meronta-ronta menyebabkan dia agak keras apabila dewasa. Walid tidak mahir dalam perniagaan. Dia lebih suka berhutang dalam urusan jualan. Puas sudah Normah menasihati, namunn dia tetap tidak berubah sehingga seringkali tokey cina datang memuntut hutang. Yang menjadi mangsanya ialah dia. Walid jarang di rumah, setiap kali pemungut hutang datang, pasti duitnya di dahulukan. Namun,  lumrah manusia, setiap keburukan pasti ada kebaikannya.
Apabila melihat kepada kandungannya yang sudah mencecah lapan bulan ini dia tiba-tiba sebak. Anak di dalam kandungan ini seolah-olah memahami masalah yang ditanggung. Tidak banyak ragam dan mudah dijaga.
Jam sudah menunjukkan jam satu petang, Normah menutup kedainya kerana waktu zohor sudah hampir. Menjadi kemestian bagi Normah dan Walid menutup perniagaan sebelum menjelang waktu solat. Keluarga Walid sangat menekankan solat dalam kehidupan menyebabkan mereka tidak pernah hidup miskin.
Azan di surau dan masjid sudah berkumandang, Normah akan bersolat sendirian kerana Walid sudah ke surau. Anak-anak Normah seramai 4 orang sedang sibuk bermain. Yang sulung agak nakal menyebabkan dia sering mempengaruhi adik-adiknya membuat sepah. Setiap hari, Normah akan membersihkan rumah kerana anak-anaknya suka mengotorkan rumah. Walaupun ada kalanya marah dan di hukum, namun Normah lebih banyak diam bersabar kerana baginya ragam kanak-kanak. Pernah suatu ketika, anak sulungnya mencampurkan kacang hijau, beras dan jagung yang dijual di kedai tersebut. Hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana hendak asingkan semula semua itu.
Selesai solat, Normah akan masak untuk keluarga. Suaminya pasti marah jika dia tidak masak. Dengan nikmat yang Allah berikan kepada dia sekeluarga, Normah akan mengambil bahan-bahan masakan di kedai miliknya. Kesenangan ini menyebabkan anak-anaknya sihat dan aktif.
2
 


“ Kandungan puan sihat, tiada sebarang masalah. Dan saya rasa kalau puan bersalin di rumah pun tak mengapa sebab semuanya ok.” Ulas seorang jururawat ketika pemerikasaan kandungan dijalankan.
“Alhmdulillah.” Ucap Normah. Tidak tergambar kegembiraannya apabila mengetahui anak yang dikandungnya sihat.
“Kalau macam nie, sepuluh pun tak pe.” Gurau doktor yang memeriksa.
Normah hanya tersengih. Dia kemudian meminta izin untuk balik ke rumah. Doktor menjangkakan anaknya ini akan lahir akhir bulan sebelas. Normah ke klinik yang jaraknya lebih kurang 20 KM  berkeseorangan menaiki teksi. Suaminya tidak turut serta dengan alasan penat. Normah tidak kisah sebab memang keempat-empat anaknya itu diuruskanya seorang diri dan dibantu oleh mak dan adik-adiknya yang akan tolong jika sekolah sedang cuti. Suaminya sangat lepas tangan dalam menguruskan hal ehwal rumah. Jika dia tidak berniaga, pasti tiada duit yang boleh digunakan membeli barang anak-anak. Normah kene berjimat, dia bukan seorang yang matarialistik, apa yang ada dia akan guna sebaiknya, peralatan bayi milik anak sulungnya digunakan sehingga anak kelimanya.
Normah menahan sebuah teksi.
“Seorang je kau Nor?” tanya pemandu teksi itu.
“Haah..” jawab Normah ringkas. Membalas jawapan pemandu teksi yang merupakan jirannya.
“Mana Walid?”
“Tidur, penat katanya.”
“Hemm..yelah tu..” kenal benar dia dengan perangai Walid.
“Pak Mat singgah sekejap kat rumah mak mertua saya, saya nak ambil anak-anak.” Pinta Normah.
“Nasib baik mak mertua kau dekat...”
Teksi berhenti dirumah mak mertuanya yang jaraknya tidak jauh dengan rumahnya, sekitar 1 KM sahaja.
Kelihatan anak-anaknya sedang sibuk bermain. Ada yang sedang panjat pokok dan ada yang sedang bermain pasir.
“Jom balik.” Ajak Normah.
Mereka riang takala melihat mak mereka datang. Penuh teksi dengan anak-anak Normah.
“Mak, terima kasih sebab jagakan anak-anak saya.” Ucap Normah.
3“Huh..dah susah baru cari aku.” Cebik mak mertuanya. Normah akui, mak mertuanya inginkan menantu sulung yang cantik, kaya dan berpelajaran. Sedangkan dia miskin, tidak cantik dan tidak berpelajaran. Maknya miskin menyebabkan perbelanjaan sekolah tidak mampu dia sediakan untuk anak-anaknya. Normah tekat, dia anak mendidik anak-anaknya belajar bersungguh-sungguh kerana tidak mahu anaknya senasib dengannya, dibenci mak merta, ipar dan suami sendiri. 




Malam tadi, Normah tidur lena, kandungannya tidak menggangu tidurnya. Menjelang subuh, perutnya memulas. Normah merasakan tanda-tanda bayi ingin lahir melihat dunia ini. Mujurlah maknya datang ke rumah semalam menemaninya keseorangan kerana suaminya keluar bersama rakan-rakannya. Normah tidak kisah kerana maknya bersama-sama dengannya. Normah cepat-cepat menunaikan solat subuh dan sempat membaca surah Luqman.  Mak Normah pula sedang menelefon besanya mengenai anaknya yang sudah menunjukkan tanda-tanda hendak bersalin.
Hari ahad, jam 6:37 pagi, kedengaran suara tangisan bayi memecah kesunyian pagi. Seorang bayi perempuan sudah lahir ke dunia. Mak dan mak mertua Normah menyambut bayi dengan penuh kesyukuran. Tiada sebarang masalah yang berlaku. Mak mertua normah memotong uri bayi manakala maknya azan dan ikamat di telinga bayi itu. Allah dan malaikatnya menyaksikan kejadian itu tanpa suami disisi dengan reda, manakala syaitan sedang bersedia menyesatkan keturunan bani Adam ini. Doktor sampai pada pukul 9 pagi. Setelah membuat pemeriksaan, tiada tanda Normah memiliki masalah. Syukur Alhmdulillah.
Selepas zuhur, baru kelihatan wajah Walid yang keletihan pulang ke rumah.
“Engkau nie Walid, Nor bersalin kau tinggalkan dia sorang-sorang.” Bebel mak Walid.
“Dah selamat kan mak?” tanya Walid.
“Dah.”
“Alhmdulillah.” Ringkas jawab Walid. “Saya nak mandi.” Dia berlalu meninggalkan isterinya yang sedang makan hati dengan sikapnya.
Masa berlalu pantas, sudah tiga hari Normah selamat bersalin. Tetamu tidak putus-putus datang. Duit dan hadiah sudah penuh dalam bakul. Masing-masing memuji bayi yang sedang tidur itu. Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman bersalin.
“Abang, apa nama sesuai untuk anak kita nie?” tanya normah suatu pagi.
Walid diam sejenak. Dia berfikir seketika.
“Hmm..abang nak bagi nama Siti Fatimah Zahra...”
“Saya ikut je mana yang baik.”
Cukup tujuh hari, Normah menghantar borang pengenalan anaknya ke jabatan pendaftaran. Mujurlah adik lelakinya datang. Dia yang membantu Normah menguruskan pendaftaran bayi bernama Siti Fatimah Zahra itu.
Hari demi hari yang dilalui penuh gembira. Usia Siti Fatimah Zahra sudah menjangkau dua tahun dan dia  anak yang tidak banyak ragam. Susu ibu pula sentiasa penuh menyebabkan Normah dapat berjimat. Anak-anak yang lain tidak mempedulikan adik barunya, bagi mereka main  adalah yang utama. Cuma anak ke tiga Normah, Halimatus sa’diah yang agak pendiam. Dia kanak-kanak genius kerana setiap kali normah mengajar kakak dan abangnya pasti dia yang akan mendahului bahkan Halimatus Sa’diah sudah pandai mengaji ketika berusia 3 tahun.
“Fatimah, duduk situ diam-diam...” pinta Normah kepada Fatimah Zahra ketika dia hendak memulakan perniagaan. Fatimah hanya tersenyum. Dia duduk di sebuah kerusi dan hanya memerhatikan emaknya membuka pintu kedai. Dia kemudian melihat abang dan kakaknya bermain berkerjaran penuh gembira. Namun semua itu tidak menarik perhatianya kerana dia memegang konsep ‘duduk diam-diam’ melalui arahan emaknya.
“Bagusnya anak engkau nie normah. Senyap je...tak banyak ragam...” puji pelanggannya.
“Pergila main dengan kakak dan abang kau tu.” Pelanggan Normah mengajak Fatimah untuk turut serta bermain dengan abang kakaknya. Namun Fatimah tidak berganjak. Sehingga jam satu tengahari, Fatimah masih ditempat duduknya.

4 



Fatimah Zahra semakin dewasa, namun Normah dapat melihat kepelikan yang ada pada Fatimah. Kanak-kanak itu agak lambat dalam pembelajaran. Dan tubuhnya agak besar jika hendak dibandingkan dengan adik beradiknya. Semakin dewasa, Fatimah semakin nakal, perbeza dengan pernampilannya dahulu yang mendengar kata. Sering kali Fatimah bergaduh dengan adik beradiknya. Dan jika dia kalah, dia akan mengamuk. Normah jadi hairan, mengapa begitu sekali sikap anaknya itu. Pernah sekali, pada waktu malam Fatimah bergaduh dengan adiknya, Normah tidak dapat mengawal perasaannya, dia menarik Fatimah keluar dari rumah itu, tinggalah Fatimah keseorangan di luar rumah ditemani kegelapan malam dan dihiburkan dengan bunyi burung hantu. Fatimah menangis, dia menganggap emaknya tidak adil. Pintu rumah dikunci dari dalam. Fatimah menangis lagi, dia menjengukkan muka di tingkap, mengharap belas ihsan penghuni rumah. Malangnya semua sudah tidur. Fatimah melihat jam di dinding sudah menunjukkan jam 10:30 malam. Fatimah terduduk di luar rumah. Namun dia tekat, dia memanjat dinding rumah dan membuka pintu dari luar dan dia berjaya melakukannya. Keesokan harinya, Fatimah bergaduh lagi. Normah tidak dapat menahan marah, dia memukul dan mencubit Fatimah. Fatimah menangis. Dia memencilkan dirinya di dalam bilik. Normah tidak menghiraukanya apatah lagi ayahnya. Fatimah merasakan dunia tidak adil baginya. Dia mula membuat andaian berkenaan dirinya seperti sampah yang jauh terpinggir.
Kini usia Fatimah sudah menjangkau 13 tahun dan dia memiliki tiga orang adik. Abang dan kakaknya sudah dihantar ke asrama. Bagi normah dia perlu di displinkan. Tinggalah dia memegang jawatan ‘anak sulung’. Setiap pagi dia perlu mengemas rumah, membasuh baju, basuh pinggan dan sidai baju. Fatimah disuruh dengan cara yang keras oleh Normah. Normah seorang yang tabah, namun sejak dia memiliki 8orang anak, kesabarannya hilang apabila mengenangkan suaminya lepas tangan dan mula bermesra dengan perempuan lain. Jiwa Fatimah halus, dia perlukan kata-kata hikmah dan kelembutan dalam berbicara, namun emaknya langsung tidak menyedari. Segala kemarahan Normah pada suami dicampakan kepada Fatimah. Fatimah memberontak, namun dia sedar, siapa dia. Hanya tangisan menemani tidur.
Pernah suatu ketika, Fatimah menjawab ketika emaknya marah. Namun penyangkut baju meninggalkan kesan dibadanya. Fatimah semakin agresif, dia mengamuk ketika membuat kerja rumah. Kadang-kadang ketika dia membasuh pinggan, ada saja pinggan yang pecah dan balasannya ialah cubitan dan bebelan dari Normah. Jika basuh baju, Fatimah akan membiarkan air mengalir tanpa ditutup. Jika menyapu daun-daun di halaman rumah, pasti batang penyapu akan patah.
Adik-adikny akan menjadi spy kepada Normah, perlakuan Fatimah akan diadukan kepadanya. Fatimah bertambah panas hati, dia mengambil botol sos cili dan membalingnya ke arah adiknya tetapi adiknya mengelak dan botol tersebut pecah di lantai. Pantas adiknya mengadu pada Normah. Seperti biasa, penyangkut baju akan meninggalkan bekas pada badanya. Adiknya tertawa gembira melihat Fatimah sedang menangis sambil membersihan serpihan botol sos.
Fatimah sering menangis dan mengatakan dunia tidak adil sehinggakan dia menyesal untuk hidup.  Di sekolah, fatimah lebih suka melayan perasaanya sehinggakan sering didenda cikgu. Setiap tahun cikgu akan mengadu pada Normah berkenaan sikap Fatimah yang nakal dan malas. Sering kali Fatimah mendapat keputusan corot di dalam kelas. Sudah pasti, tubuhnya akan dihadiahkan rotan oleh emaknya. Fatimah di masukkan dalam kelas pemulihan pembelajaran, bagi cikgu-cikgu Fatimah, dia kanak-kanak yang bodoh.

5 


KINI Fatimah sudah berusia 22 tahun. Dia sudah berubah, dari menjadi manusia yang tidak boleh menerima takdir kepada keredaan. Semua ini bermula ketika sekolah mengadakan ceramah agama. Penceramah itu menunjukkan rupa mayat yang di seksa. Ketika itulah, hidayah Allah sampai. Fatimah mengigil ketakutan. Seharian dia tidak tidur sehinggakan dia menjadi trauma kerana sangat takut. Dia akan mengadukan pada emaknya, namun emaknya tidak mengendahkannya. Saban hari dia tidur dalam ketakutan...............
(Sambungan akan datang~_~)

1 ulasan:

  1. wwwaaahhhh....cerita yg mnarik....
    tringin nk tau ape yg akn trjadi kpada ftimah..huuhuuhuhuhu...
    nmun crita pakk lgi bbeesstttt..tringin nk bca yg tue..hekhekhek..( x sbor..>_*)

    BalasPadam