Pintu Dunia Rumah Akhirat

Jumaat, 16 Mac 2012

Mimpi dari Allah~


Petang itu Sumayyah baru pulang dari tempat kerjanya. Dia berhati-hati memandu kereta pajero miliknya. Alhmdulillah setelah masuk 3 tahun berkerja, Allah telah mengurniakan harta dunia yang tidak kekal ini untuk memudahkan urusannya dalam kerja. Seperti biasa Bandar  Johor Baharu sesak dengan kenderaan pelbagai jenis. Namun Sumayyah masih sabar dengan situasi tersebut. Aluan al quran bacaan Imam Sudais masuk ke telinga turun ke hati. Mudah-mudahan hatinya sentiasa bersabar dengan dugaan Allah.  Perlahan-lahan kenderaan milik gadis berusia 27 tahun itu bergerak. Hampir dua jam dia tersangkut di jalan raya besar tu. Alhmdulillah akhirnya dia berjaya melepaskan diri dari bandar besar itu. Pajero hitam kilat itu menuju masuk ke kawasan pekan sebelum masuk ke kawasan perkampungan. Dia melalui sebuah jalan kecil yang dipenuhi dengan kedai-kedai milik cina mejoritinya. Tiba-tiba dia teringat ingin membeli fail kerja dan sedikit barang pejabat. Sumayyah memberhentikan kenderaannya di sebuah kedai yang biasa didatangnya iaitu kedai buku Azhar. 15 minit selepas itu, Sumayyah selesai membuat pembelian. Dia kemudian memandu keretanya dan menuju pulang. Tiba di persimpangan lampu isyarat yang sedang menyala merah, dia tiba-tiba terpandang dengan seorang lelaki tua yang sedang mengutip makanan di kawasan pengumpulan sampah. Kelihatan lelaki itu sedang mencari-cari sesuatu di dalam longokan sampah. Akhirnya dia menemui sesisir pisang yang sebahagiannya busuk. Dengan rakus dia melahap pisang-pisang itu termasuk yang busuk. Sumayyah berasa kasihan dengan gelagat lelaki itu. Matanya berkaca, sayu dan sebak melihat situasi itu. Dia terasa bertapa banyak nikmat yang telah Allah berikan kepadanya dan apakah balasan yang telah dia berikan kepada Allah. Tiba-tiba….
Tin!
Sumayyah tersentak, dia memandang cermin pandang belakang, serentak dia memandang ke arah lampu isyarat, rupa-rupanya lampu sudah bertukar hijau. Patutlah kenderaan belakang hon kenderaanya.
Sampai di rumah, kelihatan Fatihah sedang bersiap sedia menunaikan solat marghib.
“Kejap..kejap!! nak jemaah..” laungan sumayyah menyebabkan Fatihah tersentak.
“Ya Allah! Terkejut aku..kau nie, dah la marghib-marghib baru sampai, salam tak de terus terjah, makin banyak syaitan masuk dalam rumah nie.” Tegur fatihah rakan serumahnya,
“Maaf…aku beri salam ye..” sumayyah keluar semula dari rumah. “Assalamualaikum” ucap sumayyah.
“wa’laikumusalam…hah cepat la…dah azan nie”
Sumayyah terkocoh-kocoh masuk. Setelah membersihkan diri mereka menunaikan solat dan membaca doa selepas itu.
“Mana Naim?” Tanya sumayyah kepada fatihah.
“dia keluar makan dengan suaminya.” Balas fatihah.
“suami dia dah balik dari Jordan ke?” soal Sumayyah sedikit terkejut. 
 
Naim atau naimah rakan serumah mereka. Naimah sudah berkahwin namun suaminya melanjutkan pelajaranya ke Jordan menyebabkan naim duduk serumah dengan sumayyah dan fatihah. 
“Haah….petang tadi…dah la jom mengaji.” Ajak fatihah…
Malam itu tidur sumayyah terganggu, datang seorang fakir miskin dalam mimpinya, wanita fakir miskin itu kelihatan mengutip makanan yang ada di sekitarnya. Ada makanan yang baik dan ada juga makanan yang rosak. Namun wanita fakir itu terus mengutip tanpa memilih makanan yang baik dan rosak. Sumayyah cuba menghalang wanita itu dari mengambil yang rosak namun dia tidak berdaya. Peliknya mimpinya tiba-tiba dia berada di dalam rumah wanita fakir itu. Rumah itu sangat using. Sumayyah berada kasihan, dia mencari-cari wanita fakir tu, rupa2nya wanita itu sedang terlantar di dalam bilik di atas tilam lusuh.
“kenapa dengan mak cik?” soal sumayyah dalam mimpinya.
“mak cik keracunan makanan..” jawabnya sambil merintih
“Itulah mak cik, kenapa mak cik kutip makanan yang sudah rosak, hasilnya tiada manfaat. Makanan yang rosak memang tiada nilainya.” Nasihat sumayyah.
“mak cik umpama cermin.”  Jawab wanita itu lemah.
Sumayyah kehairanan… namun belum sempat dia bertanya lanjut dia sudah terjaga dari tidurnya. Astagfirullahalazim… sumayyah beristigfar panjang. Dia melirik kea rah jam dinding sudah menujukkan jam 3:30 pagi. Kelihatan fatihah sedang khusyuk menunaikan solat tahajjud manakala naim masih tidak kelihatan di tempat katilnya.
‘mungkin dia belum balik’ desis hati kecil sumayyah. Dengan lemah dia bangkit dan menuju ke bilik air membersihkan diri kemudian menyertai fatihah yang sedang bersolat sunat.
Keesokkan harinya, sumayyah menceritakan mimpinya kepada fatihah.
“Alaa mainan tidur je tu…kau bukan mimpi seramkan…Cuma mungkin kau teringat peristiwa smalam..tu yang terbawa-bawa dalam mimpi.” Pujuk fatihah yang sedang sibuk menyapu jem di roti.
Malam berikutnya sumayyah mengalami mimpi yang sama sehinggalah malam ke tujuh. Sumayyah semakin hairan, dia kemudian meminta perlindungan dari Allah dari sebarang malapetaka. Adakah dia akan jadi fakir? Desis hatinya. Sumayyah kemudian menunaikan solat sunat hajjat dan taubat memohon pertunjuk Allah mengenai mimpinya. Namun masih tiada jawapan, namun dia tidak putus asa.
Sumayyah kemudian mengadu kepada naim atau naimah.
“naim…mimpi yang aku alami nie dah masuk seminggu, apakah ada petunjuk yang Allah mahu sampaikan kepada aku?” soal sumayyah pada naim. Naim berasa simpati dengan masalah sumayyah, kerisauan sahabatnya mengundang simpati. Lantas naim mengadukan hal tersebut kepada suaminya.
Suami naim Muhammad namanya. Hanya tersenyum dan mengucap alhmdulillah setelah mendengar cerita yang keluar dari mulut isterinya. Naim kehairanan lantas bertanya.
“Mengapakah kamu tersenyum wahai suamiku?”
“panggilkan sumayyah.” Pinta Muhammad.
“Sumayyah, Muhammad panggil.” Ujar naim.
Sumayyah kehairanan,
“Kenapa?”
Naim hanya menganggatkan bahu tanda tidak tahu.
Mereka duduk diruang tamu. Naim dan sumayyah masih berdebar-debar dengan rekasi Muhammad.
“wahai sumayyah, adapun mimpi yang kamu alami itu satu petunjuk Allah kepada hambaNya yang dikasihi.” Muhammad memulakan mukqadimmah.
Sumayyah dan naim berpandangan.
“Maksud Muhammad?” soal sumayyah pada suami naim yang sebaya dengannya.
“Ada pun wanita itu adalah diri kamu, dan makanan yang dikutip itu amalan kamu… kamu umpama fakir miskin di atas muka bumi ini di sisi Allah, walaupun kamu banyak melakukan amalan namun amalan kamu ada yang baik dan ada yang buruk umpama makanan yang dikutip itu. Kamu buat semua amalan tanpa mengira baik dan buruk, jika amalan kamu baik maka baiklah kamu, namun ada amalan yang rosak kamu ambil juga seperti si fakir dalam mimpi kamu.  Maka jika amalan kamu banyak yang rosak ia tiada nilai di sisi Allah dan memudaratkan diri sendiri. Ada pun  kata wanita itu aku umpama cermin merujuk kamu menegur diri kamu sendiri sebenarnya…oleh itu baiki amalan kamu supaya di terima Allah dan perbanyakkan berdoa supaya amalan kita diterima Allah..” panjang lebar Muhammad menerangkan kepada sumayyah dan naim.'
 
Sumayyah tersentak, barulah dia sedar maksud disebalik mimpinya. Matanya sudah berkaca, dia sebak dengan teguran Allah, sumayyah akui dia banyak melewatkan solat kerana letih dan sibuk berkerja… dan jika melakukan kebaikan namun dia masih melakukan kemungkaran. Sejak itu, sumayyah banyak perbaiki dirinya dan mimpi itu tidak lagi datang dalam tidurnya. 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan