Pintu Dunia Rumah Akhirat

Ahad, 22 Januari 2012

Anak Yang Soleh


Daripada Umar bin al-Khtatab ra (dalam sebuah hadis yang panjang):
Kemudian Jibril bertanya kepada Rasulullah saw: Maka khabarkan kepadaku tentang hari kiamat.
Lalu Nabi saw menjawab: Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.
Maka Jibril lalu berkata: Kalau begitu cuba khabarkan kepadaku tanda-tandanya.
Maka Nabi saw menjawab: Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau akan melihat orang yang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya menggembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan. (Muslim)

Keterangan Hadis

Di antara tanda hampirnya kiamat ialah bila hamba melahirkan tuannya. Maksudnya akan banyak bilangan hamba yang kemudian akan digauli oleh tuannya dan melahirkan anak. Maka anak ini adalah berpangkat ayahnya, iaitu tuan kepada ibunya sendiri. Ada sebahagian ulama yang berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan hadis ini adalah banyak anak-anak yang derhaka kepada ibu bapa dan juga sebahagian ulama yang memberikan pandangan bahawa contoh ini adalah merupakan gambaran kepada suasana yang sudah terbalik, di mana yang baik dikatakan jahat dan yang sebenarnya jahat dikatakan baik.

Tanda kedua pula bilamana orang yang tidak berkasut dan orang miskin yang semestinya ia mendahulukan membeli kasut dari yang lain-lain, tiba-tiba ia mendirikan bangunan yang tinggi yang tentunya tepaksa berhutang daripada orang lain. Ada pula yang mentafsirkan bahawa yang dimaksudkan di sini adalah orang yang miskin pada akhir zaman akan menjadi kaya dengan mengejut sehingga seseorang yang pada waktu kelmarin masih sahaja tidak berkasut, tiba-tiba pada hari ini ia sudah apat membuat bangunan yang indah-indah dan sangat mewah.


Subhanallah...wa'yazubillah.... bila mengenangkan nasib umat akhir zaman, aku tidak terkecuali tersenarai dalam list umat akhir zaman.... Namun aku mohon pada Allah, agar aku terkecuali dari termasuk dalam golongan yang dimurkaiNya.

Mudah2an aku ada kekuatan untuk terus memperjuangkan agama Islam...syariat Islam...mudah2an jika usiaku dipanjangkan oleh Allah, mahu aku mandikan jenazah ibu ku dengan penuh kasih sayang...
teringat aku pada satu kisah yang diceritakan oleh seorang ustazah.......

"Taatlah kamu kpd kedua ibu bapamu... anak yang soleh akan memandi dan menyembahyangkan jenazah ibu bapanya... ingin ustazah kongsikan satu kisah dimana ada seorang ibu yang meninggal di hospital... seperti biasa, pihak hospital akan menguruskan mandi, kapan dan solat jenazah... malangnya anak-anak mereka hanya menanti sayu dirumah.  saya datang menziarah kerana mengenali si mati. sesudah tiga hari berlalu, datang si mati dalam mimpi saya... dengan keadaannya yang tidak terurus, kain kapannya sangat kotor... mukanya sedih merenung ke arah saya... katanya.." ustazah...tolong saya ustazah.... saya nie tidak bersih... " ujarnya nada sayu..." mengapa?" soal saya... " saya dimandikan dengan tidak sempurna.." tangisnya lagi.. " Subhanallah...bagaimana boleh berlaku..?" soal saya meminta kepastian.. "hospital....anak2 tiada yang sudi mandikan saya...bersihkan saya...sedangkan saya menekannkan aspek kebersihan dalam kehidupan kami sekeluarga...tapi semasa kematian saya... anak2 tidak melaksanakan atas saya... oleh itu, pihak hospital hanya memandikan saya ala kadar." rintihnya.  dalam mimpi itu, saya terus memandikan jenazah mengikut syariat Islam..selang tiga hari, dia muncul kembali dalam mimpi saya...katanya... "Terima kasih ustazah...saya kini sudah bersih." jawabnya dengan penuh kegembiraan walaupun masih ada kesedihan tergambar diwajahnya... penampilannya kini sudah berbeza...kain kapannya kelihatan bersih cantik...."
"bagaimana dengan anak2nya?" soal seorang plajar...
"Wallahu'lam..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan