Pintu Dunia Rumah Akhirat

Isnin, 23 Januari 2012

Kecantikan Wanita Part 1

"Uda, teman saya pergi mydin." ajak aku suatu pagi di hujung minggu. kebiasaannya hujung minggu uda tidak menggunakan keretanya ke sekolah. 
"Bila, petang esok...bleh?" soal aku.
"Boleh je... nk beli apa?" soalnya padaku.
"Pencuci muka dah abis la..." aku mengeluh.
"Dah habis baru nak beli." tegur uda.
aku hanya tersengih macam kerang mahal.
"Kak cik biasa pakai pencuci jenama apa?" soal adiku pula.
aku segera menoleh, " Safi yang biru tu....tu dulu la..skrg kak cik pakai 10 perfect terbaru keluaran safi" jawabku penuh bangga.
"Yang mahal tu?" soalnya agak terperanjat. "Tapi dulu kak cik kan pakai OXC" 
"Tak lah mahal sangat, beza berapa ringgit je tu...nk buat cmna, yg OXC tu xberkesan langsung" rungut aku sambil menuju ke cermin muka yang tersangut di dinding bilik. "tengok muka kak cik nie..teruk sangat...dah xjelita..." rungut aku sambil bergurau.
" Resedung tu." celah uda yang sibuk menanda kertas peperikasaan.
"Kak cik pun rasa cmtu..." sokong aku. memang tidak aku nafikan, sudah lama masalah jerawat nie membelengu diri...


Malam sebelum menjelang esok aku sibuk melayan muka buku, byk jugak mesej yg diterima...  tiba-tiba aku terpandang pada satu link yang dipost oleh seorang sahabat. tajuknya 
' Kesempurnaan Islam' aku sangat tertarik dengan tajuk tersebut pantas aku klik dan keluar banyak maklumat berkenaan amalan harian kita... roll tetikus terus berputar dan terhenti pada satu tajuk iaitu 'Kecantikan wanita' pantas aku membacanya, 


produk kecantikan yang semakin banyak dipasaran belum tentu sucinya kerana salah satu agenda yahudi menjatuhkan umat Islam dengan mengeluarkan produk kecantikan yang tidak diketahui kesucian dan kehalalanya. selain itu, dengan pembelian produk2 kecantikan ini menujukkan bahwa masih ramai umat Islam tidak percaya kepada agama Islam yang sudah sempurna dari semua aspek. mengapa perlu membeli produk lg? adakah Islam tiada cara terbaik untuk merawat kecantikan wanita? sedar la umat Islam...kita sedang ditipu yahudi laknatullah... oleh itu, ingin saya sarankan langkah terbaik merawat wajah agar lebih awet muda dan cantik bahkan dilimpahi nur pada yang melihatnya. 


1) setiap kali bangun tidur basuh lubang hidung, sedut dan hembus bermula dengan bismillah, kerana syaitan yang duduk di dalam rongga hidung kita nie menyebabkan orang yang melihat akan sering mencari kesilapan kita bahkan tiada rasa hormat pada kita.


2) amalkan mandi sebelum azan subuh, kerana mereka yang mandi sebelum solat subuh akan memiliki tubuh yang segar dan bertenaga. secara tidak langsung akan mengawet mudakan wajah kita.


3) berwuduk. wuduk adalah syarat wajib sebelum solat, tanpa wuduk solat tidak sah. pengambilan wuduk yang sempurna mampu mengurangkan kedutan diwajah selain memberi nur di wajah kita sehinggakan orang yang melihatnya berasa tenang dan senang dengan kita.


* Bangun awal pagi utk solat subuh. Air wudhuk yang mengenai muka boleh menegangkan kulit.

* Menunaikan solat zohor di tengah hari. Air wudhuk yang mengenai muka boleh mencerahkan mata.

* Tidak melalaikan solat Asar di waktu petang. Air wudhuk yang mengenai muka boleh membersihkan kekotoran asap & habuk siang.

* Tidak berlengah utk solat maghrib. Air wudhuk yang mengenai muka boleh menghilangkan bau di hidung & mulut.

* Sentiasa ingat solat Isya di waktu malam. Air wudhuk yang mengenai muka boleh menceriakan wajah dari kemungkaran.



Aku tersentak. Bila fikir-fikir balik, wuduk je yang aku amalkan...patutlah xjelita...bisik hati kecil ku.


keesokkan harinya, "Uda, tak jadi la nak pegi mydin..." ujar aku pada uda yang sedang makan jemput2 udang.
"Kenapa?" suapanya terhenti.
"Saje" selamba aku menjawab.
"sukati." ringkas dia menjawab.


sejak itu, aku mula mengamalkan apa yang aku pelajari. selang sebulan, aku mula masuk ke semester 3. dan kelas bermula isnin itu. masuk sahaja ke kelas. semua mata tertumpu pada ku. dan seorang sahabat menegur " Kenapa muka akak lain?" soalnya. "Kenapa?" pantas tanganku meraba muka. mana tahu kot2 ada contengan. "Entah...saya rasa lain.." ujarnya. "Lain cmna? setahu akk, semua cukup...mata akk kurang ke?" aku bergurau. "Akak nie." balasnya. tiba-tiba datang  seorang sahabat yang lain. sahabat itu langsung aku tidak rapat, hanya menyapa dengan senyuman sepanjang sem 1 dan 2. "Akak..." tegurnya. segera aku menoleh. "Nak peluk." pintanya sambil menghulurkan kedua2 tangannya....
'What???' hati aku menjerit pelik.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan