Pintu Dunia Rumah Akhirat

Selasa, 24 Januari 2012

Mengapa yahudi pintar?

           1.     Amalan semasa mengandung 
 persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang si bu sedang mengandung, pertama kali si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami, "saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak".

si ibu tanpa merasa jemu beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak.





Seperkara lagi pemakanan si ibu, sejak awal mengandung si ibu gemar sekali makan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama pula  roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang,  daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengenbangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Adalah adat orang-orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

         2.     Cara pemakanan


Cara makan rang-orang Yahudi, perkara pertama  ialah menu mereka. mereka gemar sekali makan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja. Jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tidak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara lagi ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan dengan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

anak-anak Yahudi. Mereka sangat memperhatikan makanan, makanan awal adalah:
a.     buah buahan 
b.     bersama kacang badam
c.      pil minyak ikan (code oil lever).
anak-anak Yahudi sungguh cerdas. Rata-rata mereka memahami tiga bahasa: Hebrew, Arab dan Inggris.( Ternyata mempelajari sesuatu yang baru itu menyeimbangkan kedua-dua belah otak kita. Contohnya ya seperti mempelajari bahasa yang berbeza-beza ) dan sejak kecil pula mereka telah dilatih bermain piano dan biola. Ini adalah suatu kewajiban.
Menurut mereka bermain muzik dan memahami not dapat meningkatkan IQ. Sudah tentu bakal menjadikan anak pintar. Ini menurut saintis Yahudi, nada muzik  dapat merangsang otak. Tak hairan banyak pakar muzik  dari kaum Yahudi. Musik yang mereka dengarkan muzik  yang menambahkan kecerdasan otak mereka. Yaitu musik seperti bethoven.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate ( semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik yang terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan.

         3.     Pendidikan

Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Memanah dan menembak dapat melatih otak menfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan  untuk perkhidmatan negara.
Selanjutnya di sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid di tekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan.  mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 orang setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta!. Anda terperanjat? itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai 1/2 perniagaan di dunia! Siapakah yang mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan perniagaan mereka menurut landasan yang betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer, Coca-cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donat dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York.

Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan Calirfonia sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulannya, semua ini diambil dari pengamalan pemakanan Nabi Muhammad SAW. Mereka sebenar mengakui ajaran Islam namun mereka semua ini cintakan dunia melebihi akhirat bahkan antara golongan yang dilaknat Allah.

         4.     Larangan merokok

Merokok menjanjikan generasi yang bodoh dan sudah tentu generasi bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok  dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? $US 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!!
sikap pemerintah Singapura dan menakjubkan sekali!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negara Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi bodoh, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asap rokok! dan harga rokok? Cuma US$ 0.70cts !! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti yang terdapat di sana? hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirkan sendiri.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan