Pintu Dunia Rumah Akhirat

Isnin, 23 Januari 2012

Membina Generasi Yang Mencintai Allah SWT Dan Rasulullah SAW

Peristiwa ini berlaku di timur tengah tiada kaitan dengan gambar yang dipaparkan. Cuma peristiwa benar-benar berlaku kepada keluarga yang berpegang teguh pada ajaran Islam.
Kisah yang sangat memberi keinsafan kepada kita walaupun ianya hanya berlaku pada kanak-kanak kecil.

Ayahnya pernah berkerja di arab Saudi Dia pernah tinggal Di Dammam, arab saudi selama 10 tahun. Kanak-kanak perempuan ini mempunyai seorang adik lelaki, Ahmad berumur 8 tahun. saya berkerja sebagai Engineer, anak saya bernama Yasmin, sangat cantik, kini berumur 9 tahun saya sentiasa melihatnya membaca Al-Quran, memakai purdah dan sentiasa solat. Apabila selesai melakukan latihan-latihan sekolah dia terus berada di atas sejadah dan dan mula membaca Al-Quran dengan penuh beradab, saya pernah menyuruhnya pergi bermain dengan kawan-kawan.

Dia berkata kawan saya adalah Al-Quran dan dia(Al-Quran ) adalah  sebaik-baik kawan
pada suatu hari perutnya terasa terlalu sakit, saya membaya Yasmin ke klinik
Maka dia dapat berehat selama 2 hari, periatiwa selalu berulang syarikat yang saya berkerja telah membuka cawangan di amerika saya dan isteri saya berpindah ke amerika bersama isteriku d, ahmad dan Yasmin, bertugas sebagai Manager syarikat. saya bergembira berserta dengan keluarga kerana dapat bertugas di amerika. Apabila hampir dua bulan Yasmin terasa sakit seperti biasa pada perutnya, saya membawanya ke dolktor lalu dibuat pemeriksaan
Doktor  akan memberi keputusan pemeriksaan selepas seminggu saya merasa tenang apabila doktor tidak memberi apa-apa reaksi tentang pemeriksaannya, lalu kami  sekeluarga melancung ke Orlando Kami sekeluarga bergembira disamping Yasmin.
Tiba-tiba telifon saya berdering,

Doktor yang memeriksa Yasmin menalifon saya dan meminta bertemu dengannya esok. saya merasa gelisah dengan panggilan tersebut 
saya akan menemui doktor  tersebut waktu asar esok hari saya rasa takut dan tidak dapat menguruskan percutian dengan baik, walaupun selama 2 hari. saya amat gembira melihat Yasmin yang masih cergas, kami sampai di amerika disamping panggilan dari doktor, saya juga mendapat panggilan dari syarikat agar segera kembali bertugas.

Apabila Yasmin bertemu dengan doktor, doktor bertanya kepada yasmin, lalu Yasmin menjawab, dia mengalami sedikit  kesakitan dan badan menjadi lemah. setelah doktor selesai membuat pemeriksaan saya bertemu doktor di bilik yang lain. Doktor bertanya tentang tempoh yang yasmin mengalami sakit tersebut. saya memberitahu hampir satu tahun.. Yasmin mengalami kanser yang bahaya. saya menangis dan saya dapat bayangkan dia akan meninggalkan kami. saya juga mendengar isteri saya turut menangis. Yasmin berkata: memang saya akan mnemui Allah SWT.

“Wahai ibuku dan ayahku, sesungguhnya Allah SWT lebih baik daripada ayah dan ibu serta semua manusia. Adakah pemergian saya menemui Allah SWT menjadikan semua menangis, Pemergian saya adalah untuk bertemu dengan yang kita kasihi”

saya menyaran  pada Yamin, agar memulakan rawatan, Jika kematian adalah satu kepastian, maka tidak perlu rawatan dan ubat yang membazirkan.
"Betul wahai Yasmin, kita yang sihat pun akan mati, oleh itu kita perlu makan, berubat dan melancong dan membina masa depan. Jika kita tidak berbuat demikian pasti kehidupan ini akan hancur dan tiada kemajuan diatas muka bumi ini."

Doktor : Ketahuilah Yasmin, jasad manusia memilki berbagai kemudahan.
semuanya adalah amanah daripada Allah SWT, jika awak diberi alat permainan, adakah awak akan merosakkanya?
Yasmin : saya akan bermanfaat dengannya dan menjaganya.
Doktor :  Begitulah juga kemudahan yang telah Allah SWT berikan seperti sistem penghadaman, paru-paru, hati, mata, telinga dan semua pemberian Allah SWT. Kamu mesti menjaganya dengan baik dengan rawatan tanpa dirosak dengan bahan-bahan kimia.
Rawatan yang kami berikan adalah dua matlamat: pertama mengurangkan kesakitan.
Kedua: Memberi kekuatan kepada organ sehingga kamu mampu memberi jawapan kepada Allah SWT bahawa kamu telah menjaga pemberian Allah SWT dengan baik. inilah matlamat dan maksud kami.
Yasmin : Jika demikian, saya sanggup mengambil rawatan sehingga saya mampu berdiri dihadapan Allah SWT, walaupun nikmat pemberian Allah SWT telah rosak.
Masa berlalu selama 2 bulan mengambil rawatan dan ubat.
apa yang berlaku adalah disebaliknya, anakku sentiasa mendekati Al-Quran, segala kemulian makin dia hiasi dirinya demi bertemu dengan Allah SWT.
Dia sentiasa menghafaz surah-surah dari Al-Quran. saya bertanya kepadanya, Kenapa kamu membaca menghafaz Al-Quran?
Yasmin: Saya tahu Allah mencintai orang yang mencintai Al-Quran, saya ingin berkata kepada Allah SWT, Daku telah menghafaz sebahagian daripada Al-Quran, kerana Engkau mencintai orang-orang yang menghafaz Al-Quran.
Anakku sentiasa solat kadang-kadang dia solat diatas katilnya.
saya bertanya kepadanya, lalu dia menjawab: saya mendengar dari Rasulullah SAW : Allah memandang dengan pandangan yang sejuk mata memandang kepada orang yang melakukan solat.

Maka saya ingin menjadikan diri saya demikian dengan solat. Apabila tiba hari pemergiannya, terpancar cahaya dari wajahnya, senyuman terukir dibibirnya, dia mengambil Al-Quran dan membaca surah yasin disaat akhir hayatnya, sehingga dia tidak dapat menyempurkan surah yasin dengan lancar tetapi  anakku telah berjaya membaca surah al-Fatihah,surah Al-Ikhlas dan ayat al-Kursi. anakku membaca doa di atas dengan sempurna.
"Selamat tinggal ayahku dan ibuku, saya melihat melihat disetiap penjuru bilik telah dipenuhi insan-insan berbaju putih, mereka datang kepada saya dan menjemput saya supaya bertemu dengan Allah SWT."

saya melihat anak saya tersenyum tersenyum walaupun disaat akhir dia memejamkan mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan